Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Touch 'n Go (TNG) akan menambah 10 lorong Enhanced RFID di lima lebuh raya utama menjelang akhir tahun ini. Langkah ini menggunakan teknologi dwi-antena dan kamera Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) bagi menyokong sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), sekali gus memastikan transaksi bayaran tol lebih pantas.
Sokongan Ke Arah Ekosistem MLFF
Penambahan lorong ini diumumkan sempena dengan ulang tahun ke-30 Touch 'n Go. Ia selaras dengan visi syarikat untuk membekalkan teknologi yang terbukti berkesan untuk sistem kutipan tol negara.
Ketua Pegawai Operasinya, Liza Woon Yin Yin menegaskan bahawa pihak TNG sentiasa bersedia menyokong infrastruktur teknologi negara.
"Kami bersedia untuk menyokong dari segi teknologi dan akan terus melakukan penambahbaikan. Kami akan menambah 10 lagi lorong baharu menjelang akhir tahun ini," katanya kepada Bernama pada Ekspo Teknologi Jalan dan Trafik My-ASEAN (MyARTTE) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Senarai Lokasi Lorong Enhanced RFID Baharu
Sebanyak 10 lorong baharu ini akan ditempatkan di lima buah lebuh raya. Berikut adalah senarai plaza tol yang terlibat:
Lebuhraya Maju (MEX): 2 lorong di Plaza Tol Putrajaya.
Lebuhraya Kajang Dispersal Link (SILK): 2 lorong di Plaza Tol Sungai Ramal.
Lebuhraya Grand Sepadu: 2 lorong di Plaza Tol Bukit Raja.
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE): 2 lorong di Plaza Tol Bukit Jelutong.
Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE): 1 lorong di Plaza Tol Sungai Long dan 1 lorong di Plaza Tol Ampang.
Dua lorong sedia ada yang telah beroperasi ketika ini terletak di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya MEX.
Teknologi Kamera ANPR dan Titan Flow
Lorong berteknologi tinggi ini bukan sekadar RFID biasa. Ia dilengkapi dengan dua antena RFID yang dipadankan bersama kamera ANPR bertujuan mempertingkatkan tahap ketepatan dan keselamatan pengesanan kenderaan.
Lebih menarik, sistem ini dijana oleh teknologi Titan Flow yang dibangunkan sendiri oleh TNG. Inovasi ini menggabungkan keupayaan RFID dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta pembelajaran mesin.
Pendekatan pelbagai teknologi ini berkesan untuk meningkatkan kapasiti aliran lorong di plaza tol. Transaksi dapat diproses dengan lebih pantas tanpa sebarang gangguan.
Bagi memudahkan pengguna mengenalpasti laluan yang dinaik taraf ini, semua papan tanda di 10 lorong berteknologi baharu tersebut akan ditandakan dengan simbol bintang emas. Pengguna hanya perlu mencari simbol ini untuk merasai pengalaman pembayaran tol yang jauh lebih cekap.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS4294
SELANGOR
BSU1650
JOHOR
JF1482J
PULAU PINANG
PSG380
PERAK
APL8421
PAHANG
CFH8954
KEDAH
KGJ3186
NEGERI SEMBILAN
NEM1578
KOTA KINABALU
SJU3825
KUCHING
QAB6843P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lorong RFID Sesak, Ini Jawapan Menteri Kerja Raya
Kerajaan akan membincangkan isu RFID dengan pihak berkaitan.
12-01-2023
PLUS cuma ambil masa dua jam selesaikan masalah RFID
Dalam masa dua jam, sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa plaza tol yang terjejas semalam telah kembali beroperasi seperti biasa.
16-12-2022
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L
Orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi, ini caranya...
26-09-2025
Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di 13 Negara –Termasuk Indonesia, Korea, Thailand
Pembayaran rentas sempadan Touch 'n Go eWallet dilancarkan.
12-07-2023
Bayar Parkir Dengan TnG & Berpeluang Menang PS5!
Guna Touch 'n Go eWallet & boleh menang PS5. Kini, semakin banyak lokasi parkir menyokong sistem pembayaran ini!
06-07-2023
Pelan Tindakan TnG Tangani Isu Perkhidmatan Tidak Memuaskan KPDN
Pelan tindakan untuk penambahbaikan segera yang dikemukakan TnG masih tidak jelas.
10-02-2023
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat