ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Didedah: Alpine A290, Sebuah EV Berprestasi Tinggi, Direka Untuk Pelanggannya Yang Mahu Berlumba?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Alpine memperkenalkan kereta lumba elektrik pertamanya, Alpine A290 Rally yang direka khusus untuk perlumbaan buat pelanggan yang berminat untuk menyertai perlumbaan rali di Perancis.

Dibina berasaskan model Alpine A290,  maka A290 Rallye ini  mampu melakukan aksi lasak di permukaan kerikil.Hakikatnya, A290 Rallye ini masih jauh untuk menjadi kereta rali sebenar seperti dalam era Group B, namun Alpine telah berusaha sedaya upaya  untuk melayakkannya menyertai pertandingan rali di peringkat tempatan.

Rallye menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (pacuan roda hadapan, FWD), dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  217 HP (160 kW) sama seperti versi A290 spesifikasi paling tinggi.

image.pngimage.png

Namun tidak seperti versi jalan rayanya, Rallye dilengkapi dengan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal yang dibekalkan oleh ZF untuk penghantaran kuasa yang lebih mantap, serta beberapa penyesuaian pada casis bagi mempersiapkannya untuk menyertai dunia perlumbaan rali.

A290 Rallye juga dilengkapi dengan brek tangan hidraulik yang membolehkan pemanduan lebih pantas di selekoh ‘hairpin’ dan selekoh tajam, serta penjana bunyi luaran yang meniru deruman garang kereta rali Group B sebenar.

Walaupun ia bukanlah sepenuhnya sebuah kereta rali Group B, A290 Rallye tetap dilengkapi dengan beberapa peralatan dan kelengkapan dalaman yang mematuhi piawaian FIA, termasuk kerusi bucket Sabelt dan sangkar keselamatan (roll cage) yang dikimpal terus pada rangka badan.

image.png

Apapun,  Alpine A290 Rallye yang serba baharu ini akan mematuhi peraturan pertandingan rali tempatan, dan dengan tanda harga yang agak mampu milik iaitu €59,990 (RM298,378), ia turut menjadi pilihan yang relevan bagi pelanggan kereta rali peringkat permulaan.

Walaupun harganya 40% lebih mahal berbanding versi jalan raya, setiap unit A290 Rallye dibina secara buatan tangan di kilang Jean Rédélé milik Alpine di Dieppe, Perancis.

image.pngimage.png

Alpine A290 Rallye akan membuat penampilan sulungnya dalam rali tertutup di acara Rallye Rouergue Rodez Aveyron Occitanie pada hujung minggu ini,.

Ia akan membuat penampilan itu sebelum kemunculan pertamanya di UK pada acara Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Selain itu, pembeli A290 Rallye turut akan berpeluang untuk menyertai satu acara istimewa di Perancis pada akhir tahun ini, dimana  Alpine memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyokong sepenuhnya  bantuan teknikal.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ2895

SELANGOR

BST7265

JOHOR

JE3258J

PULAU PINANG

PSF5773

PERAK

APL4891

PAHANG

CFH7448

KEDAH

KGJ1329

NEGERI SEMBILAN

NEL8562

KOTA KINABALU

SJU1428

KUCHING

QAB5707P

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

14-06-2024

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.