ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD yang kini ditawarkan pada harga bermula RM299,900.

Penawaran ini memberikan rakyat Malaysia akses yang lebih mudah untuk memiliki roadster elektrik pertama di duniayang menampilkan elektrik scissor doors serta reka bentuk yang mencuri tumpuan.

image.pngimage.pngimage.png

Dikuasakan sepenuhnya oleh motor elektrik yang menjana 340PS dan 475 Nm tork, MG Cyberster pacuan roda belakang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5 saat. 

Bateri berkapasiti 77kWh menyediakan jarak pemanduan sehingga 508km dan menyokong pengecasan pantas DC daripada 10 hingga 80% dalam hanya 38 minit. 

Kereta ini turut dilengkapi roda aloi 19-inci dan angkup brek Brembo memberikan keyakinan dan kawalan yang sepadan dengan prestasinya.

Kedua-dua varian MG Cyberster RWD dan 4WD menampilkan siluet rendah yang anggun dengan rekaan ekor gaya Kammback, lampu belakang LED berbentuk anak panah, serta kabin berinspirasikan perlumbaan yang dipadankan dengan kemasan kulit, sisipan Alcantara, dan sokongan lumbar yang dipertingkatkan.

image.png

Di bahagian dalam, pemandu disambut dengan susunan tiga skrin utama yang merangkumi paparan digital pemandu 10.25-inci, dua skrin tambahan 7-inci, dan skrin sentuh infotainmen bersaiz 7-inci.

image.pngimage.png

MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna luaran menarik – Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow dan English White. Dynamic Red dan Camden Grey digandingkan dengan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White hadir bersama dalaman kelabu.

Untuk sentuhan lebih menonjol, bumbung lembut berwarna merah ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada harga RM2,000 berbanding warna hitam standard.

image.png

Lebih menarik ia didatangkan dengan Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MG Cyberster": 

  •  7-tahun atau 150,000km Waranti Perbatuan Pada Kenderaan
  • 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi
  • 8-tahun atau 160,000km Waranti Perbatuan Pada Pacuan Motor dan UnitKawalan Motor
  • 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik
  • Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW 1

Pengumuman Harga MG Cyberster serba Baharu Harga MSRP (sebelum yuran pendaftaran, tanpa insurans) untuk MG Cybersterserba baharu ialah

  • MG Cyberster RWD is RM299,900
  • MG Cyberster 4WD is RM319,900

image.pngimage.png

Jika berminat,  anda berpeluang menyaksikan sendiri MG Cyberster RWD serba baharu di siri jelajah MG Motor Malaysia “Dare to Love” yang akan berlangsung di 1 Utama (Old Wing), Ground Floor Centre Court, bermula dari 9 hingga 13 Julai 2025, pukul  10 pagi hingga 10 malam.

Pelanggan yang membuat tempahan bagi MG Cyberster sepanjang acara ini akan menerima pakej pengecasan tanpa had selama satu tahun melalui JomCharge lengkap dengan fungsi AutoCharge, pengecas AC Wallbox 7kW percuma 2 , serta model diecast MG Cyberster edisi terhad dan eksklusif .



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT9296

SELANGOR

BSP2421

JOHOR

JYU7833

PULAU PINANG

PSB4217

PERAK

APG6437

PAHANG

CFG2183

KEDAH

KGF3202

NEGERI SEMBILAN

NEK1352

KOTA KINABALU

SJR3792

KUCHING

QAB5480N

Terakhir Kemas Kini 19 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-07-2025
Kereta Baru

28-10-2025
Kereta Baru

27-10-2025
Berita Auto

15-10-2025
Kereta Baru

02-10-2025
EV

07-08-2025
Kereta Baru

08-07-2025
Kereta Baru

20-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.