ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar jenama GAC Motor, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo versi pemasangan tempatan di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor pada Sabtu lalu.

image.pngimage.png

Model ini dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat dengan harga anggaran sekitar  RM120,000 untuk varian asas Premium manakala  RM130,000 untuk varian tertingginya iaitu Premium Pro.

Berdasarkan pratonton awal, GAC Emkoo dikatakan akan menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 1.5 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa 177 hp dan 270 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan sistem pacuan roda hadapan (FWD).

Dengan konfigurasi ini, GAC Motor mendakwa kadar kecekapan bahan api adalah sebanyak 6.8 liter/100 KM. Lebih penting lagi, Emkoo dijangka menyertai pasaran SUV C tempatan yang sengit dengan pelbagai ciri bantuan pemandu canggih (ADAS).

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuknya, Emkoo menampilkan rekaan yang cukup futuristik. Apa yang menariknya, adalah mengenai lampu hadapan LED berbentuk L tajam yang dikenali sebagai “Eyes of Revelation”, yang mengapit gril hadapan tanpa bingkai berbentuk V.

Menjengah bahagian belakang pula, ia menampilkan rekaan bumbung gaya coupe yang sporty, manakala  lampu belakangnya pula jenis LED berbentuk L dan terdapat juga aksen bampar belakang yang menonjol.

Malah, dengan kehadiran  ekzos berkembar , ia menonjolkan lagi   penampilan SUV segmen C ini. Tidak ketinggalan, Emkoo turut dilengkapi rim aloi dua tona bersaiz 19 inci yang dipadankan dengan tayar premium Continental EcoContact 6.

image.pngimage.png

Mengenai kabinnya pula, ia dilengkapi dengan  susun atur tipikal dengan teknologi selain terdapat skrin infotainmen terapung tengah bersaiz 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, paparan meter digital LCD yang lebih besar bersaiz 10.25 inci, pengecas tanpa wayar, pelbagai port USB, dan banyak lagi. 

Pembeli juga akan menerima sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan Tahap 2 (ADAS) serta fungsi Bantuan Parkir Automatik Penuh GAC (FAPA) secara standard.

Dari segi dimensi, Emkoo berukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi, dan jarak roda sepanjang 2,750 mm sekali gus menjadikannya ia setanding dengan SUV segmen C popular lain seperti Proton X70, Chery Tiggo 7 Pro, dan banyak lagi.

Emkoo menampilkan susun atur tipikal SUV buatan China  dengan teknologi moden seperti termasuk skrin infotainmen terapung tengah bersaiz 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, paparan meter digital LCD bersaiz 10.25 inci, pengecas tanpa wayar, pelbagai port USB, dan banyak lagi.

Difahamkan, si pembeli  akan menerima sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan Tahap 2 (ADAS) serta fungsi Bantuan Parkir Automatik Penuh GAC (FAPA) secara standard.

image.pngimage.png

Sempena pratonton, GAC Malaysia turut menawarkan promosi istimewa untuk model sedia ada mereka. Untuk tempoh terhad, SUV segmen B GS3 Emzoom ditawarkan dengan bayaran ansuran bulanan khas bermula dari RM990, dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km, serta jaminan selama 7 tahun atau 180,000 km untuk enjin dan rangkaian kuasa.

Sementara itu, GAC Aion Y Plus EV kini ditawarkan pada harga promosi istimewa iaitu RM95,800, dan pembeli akan menerima pengecas mudah alih secara percuma untuk setiap pembelian, selain jaminan kenderaan standard selama 8 tahun atau 160,000 km dan jaminan berasingan selama 8 tahun atau 200,000 km untuk bateri, motor, dan bahagian elektroniknya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRH4673

SELANGOR

BSR8704

JOHOR

JA8537J

PULAU PINANG

PSE1655

PERAK

APK1843

PAHANG

CFH2614

KEDAH

KGH2677

NEGERI SEMBILAN

NEL1443

KOTA KINABALU

SJT2479

KUCHING

QAB2482P

Terakhir Kemas Kini 27 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-10-2025
Berita Auto

19-09-2025
Pandu Uji

21-08-2025
Kereta Baru

19-07-2025
Berita Auto

25-06-2025
Berita Auto

01-04-2024
Kereta Baru

01-02-2024
Berita Auto

13-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.