ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, GAC Malaysia (WTC Automotif) bakal melancarkan SUV segmen-C pertamanya di Malaysia,  GAC Emkoo tidak lama lagi memandangkan pihak media diberi peluang memandu uji model terbaharu itu di sekitar Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya semalam.

Walaupun kami cuma diberi satu jam hanya untuk merasai pemanduan GAC Emkoo versi pemasangan tempatan (CKD) namun model ini sudah membuktikan keupayaannya yang sebenar.

Kami diberikan varian asas Premium untuk dipandu uji, namun apa yang mengejutkan varian biasa ini agak setanding dengan beberapa SUV “flagship” yang lain di pasaran.

image.png

1. SAIZ BESAR!

image.png

Seperti mana model GAC GS3 Emzoom, Emkoo berjaya menyembunyikan rupa gedabaknya dengan rekaan  mecha design yang agak menonjol. Ini kerana reka lampu depannya jenis  Matrix-style dan seolah-olah berbentuk L serta diapit dengan gril hadapan yang agak unik kerana berbentuk V.

Sementara itu, pemegang pintunya pula jenis rata, garis bumbung berbentuk SUV coupe, lampu belakang LED berbentuk-L, spoiler bumbung belakang dengan lampu brek tengah ala F1, bampar belakang pun agak bergaya dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Selain itu, varian asas Emkoo dipadankan dengan rim aloi 19 inci multi-spoke dwitona bersama tayar Continental EcoContact 6 bersaiz 235/55/R19.

image.png

Dari segi dimensi, Emkoo berukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi, dengan jarak roda 2,750 mm – sebaris dengan SUV segmen-C lain seperti Kia Sportage, Hyundai Tucson, GWM Haval H6 HEV, dan Honda CR-V.

Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Star Lake Green, Frost White, Super Star Silver, Graphite Grey, dan Asphalt Black.

2. KABIN BESAR, LUAS!

image.pngimage.png

Hasil daripada saiznya yang besar, Emkoo menawarkan kabin yang agak luas untuk standard SUV segmen-C. Apa yang benar-benar mengejutkan ialah betapa lengkapnya varian ‘entry-level’ ini.

image.pngimage.png

Bahagian hadapan dilengkapi papan pemuka moden, dengan tumpuan utama pada skrin infotainmen 10.1 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Ia ditemani paparan meter digital 7 inci.

image.png

Stereng balutan kulit tiruan dengan butang kawalan media dan hadir dengan bantuan ADAS selain   konsol tengah jenis terapung yang menempatkan pengecas tanpa wayar berkuasa 50W serta tombol gear. Kedua-dua kerusi depan dikuasakan elektrik, namun hanya kerusi pemandu mempunyai fungsi ventilasi.

image.pngimage.png

Ketika duduk di belakang, saya mendapati ruang kaki dan kepalanya agak luas dan bahagian penumpang belakang menerima dua corong pendingin hawa serta serta satu port pengecasan USB-A. 

image.png

Jika dewasa, saya berpendapat tiga orang sudah memadai.

Sebelum terlupa, ruang butnya yang  sebesar 638 liter   boleh dibesarkan sehingga  1,586 liter dengan kerusi belakang direbahkan.  Terdapat juga tayar ganti jenis space-saver.

image.pngimage.png

3. ENJIN ADA POWER

GAC Emkoo ini disumbat dengan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder dimana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 177 PS dan 270 Nm, kesemua kuasanya dihantar ke roda hadapan (FWD) menerusi kotak gear DCT basah 7-kelajuan. GAC mendakwa ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 8.8 saat, manakala kadar penggunaan bahan api hanya 6.6 liter/100 km.

image.png

Sepanjang sesi pandu uji singkat, enjin 1.5 TGDi ini agak bertenaga dan mampu menggerakkan SUV ini dengan cukup lancar. Respons pedal minyak juga pantas, walaupun berada dalam mod Eco dan Comfort.

Dari segi kawalan, stereng terasa ringan dan agak lembab Ketika berada pada mod Eco/Comfort, namun ia cukup responsif ketika berada dalam mod Sport.

image.pngimage.png

Satu kelemahan ketara ialah tahap penebat bunyi, getaran, dan gegaran (NVH) yang agak sederhana. Pada kelajuan lebuh raya, bunyi angin dan tayar lebih jelas kedengaran walaupun menggunakan tayar Continental premium.

Namun begitu, tahap keselesaan keseluruhan masih baik dan lebih stabil berbanding dengan GAC GS3. 

4. ADA ADAS  WALAUPUN SETAKAT VARIAN BIASA

image.png

Apa yang mengejutkan walaupun cuma varian biasa, Emkoo Premium hadir dengan  semua ciri keselamatan pasif dan aktif.

Varian biasa ini tidak didatangkan dengan  Fusion Automatic Parking Assist (FAPA), namun mendapat semua fungsi ADAS yang ditawarkan pada model tertinggi Premium Pro. Ini termasuk:

Automatic Emergency Braking (AEB)

Adaptive Cruise Control (ACC)

Blind Spot Detection (BSD)

Lane Keep Assist (LKA)

Lane Departure Warning (LDW)

Door Open Warning (DOW)

Forward Collision Warning (FCW)

Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)

Walaupun kami tidak sempat menguji semua fungsi tersebut, langkah GAC menawarkan ciri keselamatan penuh pada varian asas adalah sesuatu wajar dipuji kerana menitikberatkan soal keselamatan.

5. MAMPU JADI SUV Segmen-C PALING MAMPU MILIK

Dengan harga anggaran sekitar RM120,000, GAC Emkoo Premium mampu menjadi salah satu SUV segmen-C paling mampu milik di pasaran Malaysia sebaik sahaja dilancarkan.

image.png

Harga ini agak mampu milik kerana ia adalah versi  CKD.  Unit pandu uji kami ini menunjukkan proses pemasangan tempatan berjalan dengan baik dengan penawaran prestasinya

Walaupun harga akhir mungkin berubah sedikit, kehadiran Emkoo memberi lebih banyak pilihan mampu milik kepada pembeli SUV segmen-C di Malaysia nanti.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPP5298

SELANGOR

BSH2697

JOHOR

JYF4469

PULAU PINANG

PRT4367

PERAK

APA4373

PAHANG

CFD2647

KEDAH

KGB8962

NEGERI SEMBILAN

NEG7794

KOTA KINABALU

SJM2390

KUCHING

QAB9621L

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.13

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.85

-0.05

EURO 5 B7

RM 3.05

-0.05

Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada  RM120,000

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025
Berita Auto
WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .

25-06-2025
Berita Auto
GAC Motor Malaysia Lebarkan Sayap Di Semenanjung Malaysia  – Lantik 9 Pengedar Baharu

GAC Motor Malaysia Lebarkan Sayap Di Semenanjung Malaysia – Lantik 9 Pengedar Baharu

WTCA baru-baru ini telah mengadakan upacara penandatanganan bersama sembilan pengedar baharu.

27-02-2024
Kereta Baru
SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.

01-02-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.