GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

Selepas membuat penampilan sulungnya di Malaysia, GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand. SUV 4x4 ini dilihat mengikuti jejak model yang lebih kecil sebelum ini, Tank 300. Varian ini juga menerima varian enjin diesel di Thailand pada awal tahun ini.
Seperti mana, Tank 300 serta trak pikap GWM Cannon, Tank 500 Diesel juga menggunakan enjin diesel turbo 4-silinder 2.4 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184 HP dan tork 480 Nm.
Dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan, pembeli boleh memilih antara versi pacuan 2 roda (2WD) atau pacuan semua roda (AWD), dan enjin diesel ini juga menyokong bahan api biodiesel B20 Thailand, menurut GWM.

Selain enjin diesel baharu, Tank 500 Diesel mengekalkan komponen mekanikal yang sama seperti versi hibridnya, termasuk casis tangga (ladder-frame) serta sistem diferensial hadapan dan belakang yang boleh dikunci.
Beberapa portal berita Thailand turut melaporkan bahawa Tank 500 Diesel akan menerima talaan suspensi baharu yang diubahsuai daripada model hibrid yang lebih berat.
Dari segi mekanikal, apa yang turut membezakan Tank 500 Diesel daripada kembarnya yang hibrid ialah tayar gantinya yang dipasang di bawah kenderaan, berbanding pada pintu belakang.
Rekaan luaran masih sama dengan versi hibrid pasaran kita, namun rakyat Thailand turut ditawarkan varian Black Warrior untuk Tank 500 Diesel, dimana semua kemasan krom ditukar kepada aksen berwarna hitam.


Bagi mereka yang mahukan padanan ‘hitam sepenuhnya’, warna luaran hitam boleh digabungkan dengan varian Black Warrior. Bagi yang kurang gemar dengan gaya serba hitam, SUV diesel ini juga tersedia dalam pilihan warna kelabu atau putih.
Dengan tayar gantian yang tidak lagi dipasang pada pintu belakang, panjang keseluruhan Tank 500 Diesel menjadi sedikit pendek berbanding model hibrid, iaitu 4,886 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi, dan jarak roda (wheelbase) sepanjang 2,850 mm.
Walaupun tiada sistem HEV, versi diesel ini hanya 25 kg lebih ringan berbanding model hibrid, dengan berat 2,560 kg.
Menjengah bahagian kabinnya, Tank 500 Diesel masih mengekalkan susun atur tiga baris tempat duduk untuk tujuh orang seperti model hibrid.

Antara kelengkapan lain ialah ia dilengkapi dengan sistem audio 12-pembesar suara Infinity, kerusi berkuasa dengan pengudaraan, anak tangga sisi boleh tarik, skrin infotainmen tengah 14.6 inci, bumbung matahari panoramik, pengecas tanpa wayar, kemasan venir kayu, dan banyak lagi.
Setakat ini, harga GWM Tank 500 Diesel masih belum didedahkan namun harga anggarannya dikatakan lebih kurang sama dengan model HEV yang kini dijual dari 2.049 juta bhat (RM268,528) ke atas.
Selain Thailand, GWM Tank 500 Diesel dijangka akan dipasarkan ke negara pasaran pacuan kanan (RHD) lain seperti Australia, walaupun dilaporkan bahawa pasaran Australia mungkin akan menerima varian diesel 3.0 liter V6 yang lebih berkuasa.

Setakat ini, tiada desas-desus yang mengatakan ia akan dibawa ke Malaysia. Boleh jadi ia akan di bawa masuk ke Malaysia dan ada juga kemungkinan tidak. Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada GWM Malaysia!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP4045
SELANGOR
BSN1194
JOHOR
JYS6832
PULAU PINANG
PSA3675
PERAK
APF7368
PAHANG
CFF6277
KEDAH
KGE6516
NEGERI SEMBILAN
NEJ6984
KOTA KINABALU
SJQ6558
KUCHING
QAB3806N
Terakhir Kemas Kini 10 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China
Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.
28-07-2025
SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini
GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.
02-05-2025
Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K
GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.
15-04-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.
10-01-2025
KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80
Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
05-12-2024
GWM M'sia Catat Pencapaian, Serah Unit Ke-500 GWM Tank 300
GWM Malaysia menyerahkan GWM TANK 300 yang ke-500 kepada pelanggannya, baru-baru ini.
28-02-2025
Berita Baik! Anda Boleh Pandu Uji GWM Tank 300
Anda berpeluang meredah pelbagai laluan yang cukup mencabar.
17-07-2024
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

