ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas membuat penampilan sulungnya di Malaysia, GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand. SUV 4x4 ini dilihat mengikuti jejak model  yang lebih kecil sebelum ini, Tank 300. Varian ini juga   menerima varian enjin diesel di Thailand pada awal tahun ini.

Seperti mana, Tank 300 serta trak pikap GWM Cannon, Tank 500 Diesel juga menggunakan enjin diesel turbo 4-silinder 2.4 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184 HP dan tork 480 Nm.

Dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan, pembeli boleh memilih antara versi pacuan 2 roda (2WD) atau pacuan semua roda (AWD), dan enjin diesel ini juga menyokong bahan api biodiesel B20 Thailand, menurut GWM.

image.png

Selain enjin diesel baharu, Tank 500 Diesel mengekalkan komponen mekanikal yang sama seperti versi hibridnya, termasuk casis tangga (ladder-frame) serta sistem diferensial hadapan dan belakang yang boleh dikunci.

Beberapa portal berita Thailand turut melaporkan bahawa Tank 500 Diesel akan menerima talaan suspensi baharu yang diubahsuai daripada model hibrid yang lebih berat.

Dari segi mekanikal, apa yang turut membezakan Tank 500 Diesel daripada kembarnya yang hibrid ialah tayar gantinya yang dipasang di bawah kenderaan, berbanding pada pintu belakang.

Rekaan luaran masih sama dengan versi hibrid pasaran kita, namun rakyat Thailand turut ditawarkan varian Black Warrior untuk Tank 500 Diesel, dimana semua kemasan krom ditukar kepada aksen berwarna hitam.

image.pngimage.png

Bagi mereka yang mahukan padanan ‘hitam sepenuhnya’, warna luaran hitam boleh digabungkan dengan varian Black Warrior. Bagi yang kurang gemar dengan gaya serba hitam, SUV diesel ini juga tersedia dalam pilihan warna kelabu atau putih.

Dengan tayar gantian yang tidak lagi dipasang pada pintu belakang, panjang keseluruhan Tank 500 Diesel menjadi sedikit pendek berbanding model hibrid, iaitu 4,886 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi, dan jarak roda (wheelbase) sepanjang 2,850 mm.

Walaupun tiada sistem HEV, versi diesel ini hanya 25 kg lebih ringan berbanding model hibrid, dengan berat 2,560 kg.

Menjengah bahagian kabinnya, Tank 500 Diesel masih mengekalkan susun atur tiga baris tempat duduk untuk tujuh orang seperti model hibrid.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah ia dilengkapi dengan  sistem audio 12-pembesar suara Infinity, kerusi berkuasa dengan pengudaraan, anak tangga sisi boleh tarik, skrin infotainmen tengah 14.6 inci, bumbung matahari panoramik, pengecas tanpa wayar, kemasan venir kayu, dan banyak lagi.

Setakat ini, harga  GWM Tank 500 Diesel masih belum didedahkan namun harga anggarannya dikatakan lebih kurang sama dengan  model HEV yang kini dijual dari 2.049 juta bhat (RM268,528) ke atas.

Selain Thailand, GWM Tank 500 Diesel dijangka akan dipasarkan ke negara pasaran pacuan kanan (RHD) lain seperti Australia, walaupun dilaporkan bahawa pasaran Australia mungkin akan menerima varian diesel 3.0 liter V6 yang lebih berkuasa.

image.png

Setakat ini, tiada desas-desus yang mengatakan ia akan dibawa ke Malaysia. Boleh jadi ia akan di bawa masuk ke Malaysia dan ada juga kemungkinan tidak. Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada GWM Malaysia!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP5720

SELANGOR

BST5917

JOHOR

JD9679J

PULAU PINANG

PSF4541

PERAK

APL3910

PAHANG

CFH6912

KEDAH

KGH9852

NEGERI SEMBILAN

NEL7835

KOTA KINABALU

SJU104

KUCHING

QAB5432P

Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-04-2022
Global

10-08-2022
Global

10-08-2022

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.