ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV. Untuk model  ini, GWM Tank 500 PHEV baharu menerima beberapa perubahan  dari segi reka bentuk dan kelengkapan, serta penambahan ciri ADAS baharu.

Dari segi reka bentuk, Tank 500 PHEV baharu kelihatan hampir sama dengan model sebelum ini. Apa yang bezanya, ia kini dilengkapi dengan  sisipan gril hadapan, ada logo GWM baharu pada pintu belakang.

image.pngimage.png

Malah, ia juga hadir dengan warna baharu iaitu “Dunhuang Green” selain “Kunlun Gold”, “Pamir Silver” dan “Mount Everest White”.

Dengan perubahan reka bentuk yang kecil ini, dimensi keseluruhan Tank 500 PHEV masih sama dengan model sebelumnya dimana panjang 5,078 mm, lebar 1,934 mm, tinggi 1,905 mm, dengan jarak roda 2,850 mm.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia masih  mengekalkan susun atur kabin sama seperti varian Tank 500 lain, dengan papan pemuka hadapan menampilkan skrin infotainmen terapung sebesar 14.6 inci yang dijalankan oleh Coffee OS 3, serta kluster instrumen digital 12.3 inci.

Terdapat juga  peti sejuk mini di bawah konsol tengah, skrin khas 17.3 inci untuk penumpang belakang, tempat duduk  hadir dengan fungsi pemanas dan berpengudaraan selain kerusinya yang dibalut dengan  kulit Nappa.

Dari segi rangkaian kuasa, Tank 500 PHEV yang dikemas kini masih mengekalkan sistem PHEV yang sama seperti sebelumnya,.

image.png

IA hadir dalam dua varian: Hi4-T dan Hi4-Z. Spesifikasi asas Hi4-T menggunakan enjin petrol 2.0-liter 4-silinder turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa 248 hp, digandingkan dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan dan satu motor elektrik untuk menghasilkan jumlah kuasa 402 hp. Ia menggunakan pek bateri litium ternari 37.1 kWh yang membolehkan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sejauh 110 km.

Sementara itu, varian spesifikasi tertinggi Hi4-Z turut menggunakan enjin petrol turbo yang sama, tetapi digandingkan dengan dua motor elektrik dan kotak gear DHT 3-kelajuan untuk menghasilkan jumlah kuasa gabungan 865 hp. Varian ini juga dilengkapi dengan pek bateri litium ternari lebih besar berkapasiti 59.05 kWh, yang menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 201 km.

Bukan itu sahaja, GWM Tank 500 PHEV yang dikemas ini juga dilengkapi dengan unit LiDAR di bumbungnya, sebahagian daripada sistem bantuan pemandu (ADAS) generasi ketiga GWM, Coffee Pilot Ultra.

image.png

Sistem ini turut menampilkan beberapa kamera di bahagian fender hadapan dan spoiler belakang. Bagaimanapun, GWM masih belum mengesahkan sama ada sistem ADAS baharu ini akan ditawarkan sebagai ciri standard untuk semua varian Tank 500 PHEV baharu atau sebaliknya.

Apapun, kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahuinya kerana pra-jualan bagi GWM Tank 500 PHEV 2025 ini akan bermula pada akhir Ogos 2025 di China. Seperti dijangka, tiada maklumat harga dikongsikan buat masa ini, tetapi dijangka sedikit lebih mahal berbanding model sedia ada .

Ia mungkin akan dijual  sekitar  335,000 yuan (RM197,750).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4425

SELANGOR

BSV1150

JOHOR

JH4055J

PULAU PINANG

PSH4006

PERAK

APM9459

PAHANG

CFJ4079

KEDAH

KGJ8106

NEGERI SEMBILAN

NEM5839

KOTA KINABALU

SJV1814

KUCHING

QAB197Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-04-2022
Global

28-07-2025
Pandu Uji

10-05-2025
Kereta Baru

04-12-2024
Global
Global

27-05-2024
Kereta Baru

04-03-2024
Berita Auto

07-02-2024

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.