ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Perodua-Bezza-Hero.jpg


Pengikut jenama Perodua pasti masih ingat lagi janji syarikat bahawa pengganti sedan Bezza bakal dilancarkan sekitar 2027 atau 2028. Namun, baru-baru ini dilaporkan bahawa proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini. 


Fokus Kini Terarah Pada EV, Tapi Bezza Masih Jadi Keutamaan


Walaupun perhatian kini banyak diberikan kepada projek pembangunan kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua di Rawang, jenama kebanggaan negara ini rupanya tidak melupakan kepentingan Bezza dalam portfolio mereka. Fasa pembangunan sedan baharu ini nampaknya telah dipercepatkan, dipercayai sebagai 'tindak balas' kepada jenama pesaingnya, Proton, yang bakal memperkenalkan Saga baharu tidak lama lagi. 


Kitaran hayat Bezza sememangnya sudah sampai ke penghujungnya, memandangkan model asal mula dipasarkan pada 2016 diikuti facelift pada 2020. 


Rekaan Perodua Bezza


CariCarz_Perodua-x-MRM-ACSDC-2023-34.jpgCariCarz_Perodua-x-MRM-ACSDC-2023-49.jpg


Rekaan pemenang Asian Compact Sedan Design Challenge 2023 (ACSDC 2023) anjuran Perodua


Maklumat rasmi mengenai model ini masih terhad buat masa ini, namun apa yang pasti, sebelum ini Perodua pernah menyatakan bahawa rekaan baharu ini bakal menggabungkan idea pemenang daripada Asian Compact Sedan Design Challenge 2023 (ACSDC 2023). 


Masih tidak dapat dibayangkan apakah elemen baharu yang bakal disematkan pada Bezza baharu itu nanti. Tetapi, penggiat seni digital tempatan, Theophilus Chin Swee Hoe (@theottle) baru-baru ini tampil berkongsi gambaran visual terkini bagaimana Bezza generasi baharu mungkin akan direka.


 


Kali ini, beliau menggunakan asas platform semasa Bezza dengan nafas segar pada pelbagai sudut, diinspirasikan daripada rekaan Toyota Vios generasi ketiga serta Fiat Cronos.


web_NEW_Theottle_Perodua-Bezza-2026_Render_1.jpgweb_NEW_Theottle_Perodua-Bezza-2026_Render_2.jpg

Lakaran Perodua Bezza generasi baharu yang dikongsikan oleh artis render terkenal, @Theottle


Antara yang paling ketara ialah lampu depan yang lebih tirus, gril depan dengan motif heksagon, serta garis bahu sisi yang lebih menonjol, memberikannya aura yang lebih moden dan agresif.


Spekulasi Trenkuasa


Dari aspek mekanikal, dipercayai Perodua akan mengekalkan penggunaan enjin petrol 1.0 liter 3 silinder dan 1.3 liter 4 silinder pada Bezza baharu. Terdapat juga ura-ura transmisi lama empat kelajuan automatik bakal digantikan dengan transmisi D-CVT, teknologi yang kini meluas digunakan dalam rangkaian produk terbaru Perodua kecuali Aruz.


Baca: Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!


Bezza-1.pngBezza-2.png


Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2015, Bezza telah menerima facelift besar pada tahun 2020 dan kekal tanpa perubahan sehingga kini

Sementara itu, khabar angin berhubung varian hibrid juga semakin rancak diperkatakan, tetapi penawaran ini dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat memandangkan Perodua sebelum ini menangguhkan projek hibrid di platform Yaris Cross. 


Apa Yang Anda Mahukan Pada Bezza Baharu?


Seperti biasa, segalanya kini tertumpu kepada pengguna, apakah spesifikasi yang anda harapkan ditawarkan pada Perodua Bezza generasi baharu? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX1952

SELANGOR

BSU8035

JOHOR

JG8592J

PULAU PINANG

PSH1946

PERAK

APM6992

PAHANG

CFJ3284

KEDAH

KGJ6927

NEGERI SEMBILAN

NEM4960

KOTA KINABALU

SJU9642

KUCHING

QAB9422P

Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto
Berita Auto

12-02-2025
Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

04-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.