ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Inisiatif Hijau PRO-NET: Kerjasama Dengan AMTEL Untuk Kitar Semula Bateri EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

AMTEL_SIGNING_Di.jpg


Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd. Kerjasama ini bertujuan memastikan pengangkutan, pemisahan komponen dan pelupusan bateri kenderaan elektrik (EV) dijalankan dengan selamat dan bertanggungjawab.


Fokus Terhadap Kitaran Hayat Bateri 


Melalui kerjasama ini, PRO-NET akan berganding bahu dengan AMTEL bagi memastikan bateri EV digunakan secara optimum sebelum dilupuskan. Usaha ini membabitkan penggunaan semula bahan bernilai yang terdapat di dalam bateri terpakai, untuk penghasilan bateri baharu atau sistem penyimpanan tenaga, menyokong amalan penggunaan bateri yang berterusan dan mesra alam. 


Keperluan Sistem Pengurusan Bateri Yang Teratur


AMTEL_SIGNING_Di_2.jpg


Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjangkakan menjelang 2050, hampir 870,000 bateri EV di Malaysia perlu dikitar semula. Angka ini menekankan keperluan sistem pengurusan sisa bateri yang terancang dan selari dengan piawaian keselamatan alam sekitar.


Walaupun tiada peraturan rasmi mengenai pelupusan bateri EV di Malaysia ketika ini, PRO-NET mengambil inisiatif awal bagi memastikan proses kitar semula adalah mampan dari segi kos dan mesra alam. Semua pelupusan akan dijalankan mengikut Sistem Maklumat Sisa Berjadual Elektronik (eSWIS) Jabatan Alam Sekitar (DOE).


Penyelidikan & Penggunaan Semula Bateri 


497434938_1291543099645480_4945699929085965176_n.jpg


AMTEL Cellular turut melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mencari cara penggunaan baharu sel bateri terpakai, terutamanya dalam sistem penyimpanan tenaga (BESS). Usaha ini seiring dengan matlamat untuk membina ekosistem tenaga yang lebih lestari. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AMTEL Cellular, Lim Hun Teik, perjanjian ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh ekosistem EV negara, termasuk pengurusan bateri terpakai secara selamat, sokongan selepas jualan yang baik, serta pengurusan sisa yang bertanggungjawab.


Teknologi Bateri Proton e.MAS 7 Dijamin Selamat


504805390_1313903957409394_312534916298638940_n.jpg


Proton e.MAS 7, model EV pertama PRO-NET, dilengkapi bateri lithium logam fosfat (LFP) jenis “short-blade” dengan integrasi sell pada badan (cell-to-body, CTB). Struktur bateri ini meningkatkan kekuatan casis dan menjadi faktor utama pencapaian penarafan keselamatan tertinggi ASEAN NCAP.



Teknologi bateri Aegis yang digunakan dalam e.MAS 7 telah diuji ketahanan, termasuk ujian tekanan di mana bateri dilenyek oleh sebuah kereta kebal seberat 36 tan tanpa sebarang kerosakan, kebocoran atau kebakaran. Sebelum ini, bateri tersebut turut melepasi ujian kebakaran, air, suhu ekstrem, impak dan tekanan struktur, selari dengan piawaian keselamatan nasional China.


Di peringkat global, PRO-NET melaporkan tiada insiden kebakaran spontan melibatkan teknologi bateri Aegis setakat ini.

Baca: Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Baca: Proton: Jualan Jun 2025 Menurun, Namun Kekal Kuasai Pasaran Separuh Pertama!

Baca: PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
EV

04-02-2026
Kereta Baru

13-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Berita Auto

03-12-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.