ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi. Jaecoo J8 telah ditayangkan kepada umum dan pendaftaran minat juga turut dibuka.

image.png

SUV ini ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans dengan anggaran bermula daripada RM178,800 bagi varian pacuan dua roda (2WD) dengan kapasiti lima tempat duduk.

image.png

Bagi varian pacuan semua roda (AWD) dengan kapasiti enam tempat duduk pula, harga dianggarkan sekitar RM198,800.

Dari segi dimensi, Jaecco J8 berukuran 1,710 mm (Panjang), 1,930 (lebar), 4,820 mm (panjang) dengan Jarak roda 2,820 mm.

image.png

SUV JAECOO J8 dikuasakan dengan enjin 2.0 liter turbo, empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 183 kilowatt (kW) 245hp dan  dan tork  385 Nm. Ia menggunakan kotak gear automatik konvesional lapan-kelajuan.

image.pngimage.png

Jaecoo J8 2WD mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8.8 saat, manakala varian AWD mengambil masa 9.0 saat.


Kedua-dua varian mempunyai kelajuan tertinggi 200 km/j. Sementara itu, kadar  penggunaan minyak ialah pada tahap 7.8L/100km (piawaian WLTP) untuk versi 2WD dan 8.1L/100km (WLTP) untuk pilihan AWD.


image.png

Ia menawarkan kecekapan dan prestasi bahan api tahap tinggi dengan transmisi automatik lapan kelajuan, paip ekzos berkembar dan kapasiti tangki bahan api sebanyak 65 liter (L).

SUV ini juga mempunyai reka bentuk yang mengagumkan dengan ketinggian berukuran 1.71 meter (m), kelebaran 1.93m, dan 4.82m panjang, manakala, jarak rodanya berukuran 2.82m.

image.png

Selain itu, J8 juga mempunyai kapasiti harungan air sedalam 450 milimeter (mm) yang serasi untuk pengembaraan lasak.

SUV J8 2WD dan AWD masing-masing mempunyai kapasiti ruang but selebar 200 Liter (L) namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh bertambah besar kepada 738L dan 200L manakala di dalam ruang kabin pula, kedua-dua varian menampilkan paparan media 12.3 inci, kamera panoramik 540 darjah dan pelbagai ciri premium eksklusif untuk setiap varian.

image.png

Bagi varian SUV J8 2WD, ia menampilkan sistem audio yang merangkumi 12 pembesar suara jenama Sony, enam beg udara, pencahayaan ambien dan upholsteri kulit buatan.

image.pngimage.png

Sementara itu, SUV J8 AWD pula menampilkan sistem audio yang merangkumi 14 pembesar suara jenama Sony, termasuk pembesar suara yang dipasang di bahagian sandaran kepala, 10 beg udara,  dan sistem pewangi automatik, tempat duduk barisan pertama, kedua jenis berkuasa dan hadir dengan fungsi urutan,ada tirai dan seluruh kabin disaluti dengan kemasan kulit asli serta kemasan  panel suede untuk sentuhan mewah.

Terdapat juga Paparan Head-up (HUD) dan disokong sambungan tanpa wayar yang disokong Android Auto dan Apple CarPlay.


image.png

Dari segi ciri-ciri keselamatan, kedua-dua varian sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti   ADAS, Level 2.5, Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi,  Pemantau Titik Buta, Amaran Buka Pintu, Amaran Perlanggaran Depan/Belakang, Laluan Kekal Kecemasan, Bantuan Tukar Lorong, Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan Belakang, Pemantau sistem tekanan tayar dan Bantuan Trafik Sesak.

image.png


Bagi yang berminat, Jaecoo J8 2WD ditawarkan dalam Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey, manakala varian AWD hadir dengan pilihan warna yang sama tetapi dengan pilihan dua tona untuk tampil lebih eksklusif.

image.png

Bagi tempahan awal hingga 21 Julai, para pembeli akan menerima 1 tahun insurans percuma di bawah Program Jaecoo Prime Protection, 10 tahun waranti untuk enjin atau tanpa had perbatuan (yang mana dahulu), dan 1 tahun pengalaman pemanduan off-road yang eksklusif.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8543

SELANGOR

BSU2471

JOHOR

JF3075J

PULAU PINANG

PSG1603

PERAK

APL9371

PAHANG

CFH9321

KEDAH

KGJ3537

NEGERI SEMBILAN

NEM1920

KOTA KINABALU

SJU4351

KUCHING

QAB7134P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

30-07-2025
Kereta Baru

18-07-2025
Kereta Baru

26-03-2025
Berita Auto

21-03-2025
Berita Auto

15-03-2024
Kereta Baru

05-01-2024
Kereta Baru

05-03-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.