Jangan Tertipu, Tidak Wujud Sebarang Piawaian ‘Pematuhan Cermin Gelap PUSPAKOM!

Jangan kelirukan pengguna tentang tinted kereta! Tidak wujud sebarang piawaian ‘pematuhan cermin gelap PUSPAKOM’.
Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman.
Untuk itu, syarikat filem penapis haba dan runner kenderaan diminta supaya tidak mengelirukan orang awam dengan menyalah tafsir peranan syarikat itu dalam pemeriksaan kenderaan, terutamanya berkaitan pematuhan cermin gelap.
Kenyataan itu dilihat mengelirukan dan tidak berasas sama sekali.

“Tidak wujud sebarang piawaian ‘pematuhan cermin gelap PUSPAKOM’. Kami tidak menetapkan peraturan kami sendiri. Kami hanya mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan mengaplikasikannya secara seragam dalam semua pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa PUSPAKOM mengecam keras perbuatan menggunakan nama syarikat itu untuk mewujudkan persepsi kononnya terdapat piawaian berbeza atau untuk menjustifikasikan kegagalan pemeriksaan akibat produk yang tidak mematuhi syarat.
“Kami tidak akan berkompromi dengan penggunaan nama kami untuk mengelak tanggungjawab. Sekiranya sesuatu kenderaan gagal dalam pemeriksaan, ia adalah kerana jumlah kadar Penembusan Cahaya Tampak (VLT) pada cermin dan filem penapis tidak memenuhi keperluan JPJ,” jelas Mahmood.
Seperti sedia maklum, kadar minimum VLT yang dibenarkan adalah 70 peratus untuk cermin hadapan; 50 peratus untuk cermin sisi hadapan; tiada had untuk cermin sisi belakang dan cermin belakang

Mahmood menjelaskan bahawa banyak kenderaan masa kini telah dipasang dengan cermin yang mempunyai lapisan gelap semula jadi.
PUSPAKOM juga memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap runner yang menggunakan maklumat palsu untuk menekan pemilik kenderaan agar menanggalkan filem cermin mereka, atau meminta bayaran tambahan kononnya untuk “menyelesaikan” isu pemeriksaan.
“Kami menyeru semua pelanggan supaya melaporkan perlakuan tidak beretika seperti ini dan mendapatkan penjelasan terus daripada sumber rasmi PUSPAKOM. Proses pemeriksaan kami adalah telus, konsisten dan sepenuhnya berdasarkan peraturan JPJ,” tambah Mahmood.
Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi PUSPAKOM melalui laman web www.puspakom.com.my/contact-us atau talian Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di 03-5101 7000 untuk maklumat tepat berkenaan keperluan filem cermin gelap dan urusan pemeriksaan lain. -MalaysiaGazette
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5010
SELANGOR
BSU3506
JOHOR
JF5246J
PULAU PINANG
PSG3242
PERAK
APM1549
PAHANG
CFH9853
KEDAH
KGJ4161
NEGERI SEMBILAN
NEM2451
KOTA KINABALU
SJU5018
KUCHING
QAB7418P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge