ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Nampaknya, pelancaran hatchback EV baharu TQ Wuling Bingo semakin hampir memandangkan TQ Manufacturing Sdn Bhd (TQ) sudah mengumumkan satu lagi pratonton khas kepada umum.

Ini kerana TQ WULING akan menyertai acara KL Car-Free Morning  pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur. Sepanjang acara tersebut, EV hatch ini akan dipamerkan di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula pukul  7 pagi hingga 10:30 pagi.

image.png

TQ turut menyatakan bahawa TQ Wuling Bingo EV akan membuka acara itu dengan melakukan pemanduan  ‘sweeper’ di sekitar laluan larian. Orang awam yang berminat menyertai larian khas sejauh 7KM ini boleh mendaftar secara dalam talian melalui halaman Facebook TQ Wuling.

Selain itu, sesi ini turut menampilkan aktiviti senaman Zumba khas anjuran TQ Wuling, serta pelbagai aktiviti interaktif lain yang berpusatkan penampilan EV hatch ini dalam edisi acara bulanan tersebut.

“Melalui KL Car-Free Morning, kami teruja dapat berinteraksi dengan orang awam dan mempamerkan pilihan hijau mampu milik – TQ WULING Bingo EV, yang akan tersedia tidak lama lagi untuk rakyat Malaysia,” kata Ketua Perniagaan, TQ Manufacturing Sdn Bhd, Wan Wei Sun, 

Mengimbas kembali,  TQ Wuling Bingo EV buat julung kalinya diperkenalkan awal tahun ini di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, KL.

Malah, ia turut dipertontonkan secara umum di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

image.pngimage.png

Buat masa ini, TQ Wuling Bingo akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) tahun ini dimana ia bakal bersaing  dengan Dongfeng Box, serta Proton e.MAS 5 dan Perodua EV (dimana kedua-duanya masih dalam pembangunan).

image.pngimage.png

Di pasaran negara jiran, TQ Wuling Bingo EV hadir dengan dua pilihan kapasiti bateri iaitu 31.9 kWh dan 37.9 kWh. Kedua-duanya menyokong motor elektrik hadapan yang menjana kuasa setakat 68 PS dan tork 150 NM. Masing-masing menawarkan jarak perjalanan msejauh 333 KM dan 410 KM.

Berdasarkan pemerhatian kami di MAS 2025, TQ Wuling Bingo EV dijangka hadir lengkap dengan pencahayaan LED sepenuhnya, paparan digital berkembar, sistem kemasukan tanpa kunci, upholsteri kulit tiruan (leatherette) dengan tempat duduk hadapan boleh laras kuasa, serta pelbagai ciri lain.

Yang penting, TQ Wuling Bingo EV dijangka dilancarkan dengan harga di bawah RM100,000.  Nantikan lebih banyak maklumat mengenai model EV hatch baharu ini menjelang pelancaran rasminya pada suku keempat nanti.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

04-05-2026
Kereta Baru
EV

25-07-2025
Berita Auto

19-09-2025
EV

25-07-2025
EV

04-07-2025

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.