ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Perdagangan Terlibat Kemalangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Datuk-Aedy-Fadly-Ramli_Bernama.png


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli (Foto: Bernama)


Tiada lagi kompromi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini akan mengambil langkah tegas dengan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan. Lesen tersebut digantung sehingga siasatan selesai bagi memastikan pemandu yang memegang Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan kenderaan barangan (GDL) adalah kompeten dan bertanggungjawab.


Prosedur Penggantungan dan Latihan Semula


image.png


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menjelaskan bahawa jika siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemandu terbabit bersalah, lesen mereka akan dibatalkan. Sebelum lesen boleh diaktifkan semula atau dikeluarkan dari senarai gantung, pemandu diwajibkan mengikuti dan lulus Program Latihan Semula yang dianjurkan JPJ di lokasi tertentu. Pemandu juga perlu membayar yuran bagi menampung kos latihan tersebut.


Tindakan Penggantungan Telah Dimulakan


Setakat ini, JPJ telah menggantung lesen lima pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan. Antara kes terkini termasuk kemalangan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak dan kemalangan bas yang melanggar had penghadang ketinggian di Nilai, Negeri Sembilan.


Jika siasatan PDRM mendapati pemandu tidak bersalah, JPJ akan membatalkan penggantungan tersebut.


Kompaun Pemakaian Tali Pinggang Keledar


image.png


Dalam perkembangan lain, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 510 notis kompaun terhadap bas ekspres, bas persiaran dan kenderaan barangan sejak pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar secara berperingkat bermula 1 Julai lalu. Daripada jumlah itu, 80 notis dikeluarkan kepada pemandu dan 396 kepada penumpang dan kelindan. Beberapa notis juga dikeluarkan kerana kesalahan lain seperti tidak memakai tali pinggang keledar belakang dan ketiadaan tali pinggang keledar.


JPJ turut mengingatkan pemandu bas ekspres supaya memastikan penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum kenderaan bergerak, kerana mereka juga boleh dikenakan kompaun jika penumpang ingkar.

Sumber: Astro Awani

Baca: Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4893

SELANGOR

BSU8706

JOHOR

JH385J

PULAU PINANG

PSH2587

PERAK

APM7594

PAHANG

CFJ3537

KEDAH

KGJ7324

NEGERI SEMBILAN

NEM5228

KOTA KINABALU

SJV564

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

30-10-2026
Berita Auto

28-10-2026
Berita Auto

23-10-2026
Berita Auto

22-10-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026
Berita Auto

Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup

Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).

04-11-2026
Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.