ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Mula Op Tali Pinggang Keledar, 16 Penumpang Disaman RM300 Di Kedah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Screenshot-2025-07-03-at-09.44.03.png


Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam ketika operasi khas di Plaza Tol Alor Setar Utara (Foto: Sinar Harian)


Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, bermula 1 Julai 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan saman kepada penumpang dan juga pemandu bas yang tidak memakai tali pinggang keledar. 


Mungkin ramai yang tidak peka tentang perkara tersebut, atau mungkin juga ramai yang memandang ringan arahan pihak berkuasa kerana setakat yang dilaporkan semalam, 16 penumpang telah disaman dalam satu operasi yang dijalankan di Kedah. 


Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam memaklumkan bahawa operasi ini bertujuan memastikan pematuhan pemakaian tali pinggang keledar dalam kalangan pemandu dan penumpang bas. Sebanyak 18 bas telah diperiksa, melibatkan 14 bas ekspres dan empat bas persiaran.


Menurut Stien, dua penumpang bawah umur yang didapati melakukan kesalahan hanya diberikan nasihat dan advokasi, sementara 16 penumpang lain dikenakan kompaun sebanyak RM300 seorang. 


JPJ turut menggunakan strategi penyamaran anggota dalam bas bagi mengesan kesalahan secara senyap sebelum kompaun dikeluarkan berdasarkan bukti visual.


“Penguatkuasaan kita bukan hanya terhad kepada sekatan jalan raya atau pemeriksaan di terminal, tetapi juga melalui penyamaran dalam bas. Jika ada penumpang atau pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, kita akan ambil tindakan berdasarkan bukti yang dirakam,” jelas beliau.


Screenshot-2025-07-03-at-09.36.34.png


Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, bersama pegawai lain membuat tinjauan penggunaan tali pinggang di terminal bas Penang Sentral (Foto: Malaysia Gazette)


Sementara itu, dalam operasi yang dijalankan di Pulau Pinang, sejumlah 158 buah bas, dan setekat dua hari operasi tersebut, hanya dua penumpang dan seorang pemandu bas dikesan melakukan kesalahan itu. 


Screenshot-2025-07-03-at-09.38.51.png


Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, membuat tinjauan pemeriksaan Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (arah utara) (Foto: Utusan)


Di Selangor pula, hasil pemeriksaan sebanyak 56 buah bas, termasuk persiaran dan ekspres, kesemua penumpang didapati mematuhi peraturan ditetapkan.


Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, “Pegawai penguat kuasa kami akan menjalankan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang dan pemandu.


“Sehubungan itu, JPJ Selangor menyeru kepada semua pengusaha bas dan pemandu untuk memastikan semua kemudahan tali pinggang keledar berada dalam keadaan baik dan berfungsi.


Baca: “Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas


“Malah, penumpang juga perlu sentiasa mengingatkan penumpang untuk sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan,” katanya.


Tindakan yang diambil adalah mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-kanak) 1978 Pindaan 2008. 


Sejak 1 Januari 2020, semua pengusaha bas ekspres diwajibkan memastikan setiap tempat duduk dilengkapi tali pinggang keledar yang berfungsi dengan baik demi keselamatan semua penumpang.

Sumber: Sinar Harian, Malaysia Gazette, Utusan

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.