“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas

Penguatkuasaan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM300 terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai ini dilihat sebagai tindakan terlalu drastik.
Mohon Berikan Lebih Masa
Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA), Abu Hassan Awang, menyifatkan tindakan saman secara serta-merta itu sebagai terlalu tegas. Beliau mencadangkan agar JPJ memberi peringatan terlebih dahulu supaya peraturan baharu ini dapat disebarkan secara meluas kepada orang ramai.

“Kita menyokong dasar kerajaan untuk keselamatan pemandu dan penumpang bas ekspres. Namun pelaksanaan itu sepatutnya ada tempoh masanya dan jangan terus saman kerana kebanyakan yang menaiki bas ekspres ini adalah daripada golongan B40,” ujarnya.
Saman RM300 Bermula 1 Julai
![]()
Semalam, Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, mengumumkan bahawa semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai. Penguatkuasaan ini hanya terpakai untuk bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas lama diberi tempoh tertentu untuk memasang tali pinggang keledar.

Aedy menegaskan, pemandu bertanggungjawab memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak. Mereka yang gagal mematuhi akan dikenakan saman sebanyak RM300.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputra Malaysia (PPBBM), Zainal Abidin Mehat pula menyokong penuh arahan ini kerana mengambil kira risiko perjalanan menggunakan bas ekspres dan persiaran.
“Bagi bas yang tiada tali pinggang keledar, kerajaan telah pun memberi masa yang cukup untuk memenuhinya,” katanya.

Komen penulis: Tragedi bas UPSI sudah cukup untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, tidak perlu lagi memberi masa atau ‘tempoh peringatan’ untuk melaksanakan sesuatu yang sudah pastinya lebih baik untuk semua. Nyawa lebih bernilai daripada RM300 sebab ‘tak bersedia pakai tali pinggang keledar’ dan RM300 pastinya lebih berkesan sebagai satu peringatan.
Sumber: Free Malaysia Today
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3429
SELANGOR
BST3544
JOHOR
JD3997J
PULAU PINANG
PSF2094
PERAK
APL1451
PAHANG
CFH5849
KEDAH
KGH7821
NEGERI SEMBILAN
NEL6304
KOTA KINABALU
SJT8147
KUCHING
QAB4849P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JPJ Kesan Pelbagai Kesalahan Pemandu Kenderaan Berat – Tiada Lesen, Bawah Umur
Operasi diadakan pada jam 10 malam hingga 7 pagi pada 24-25 Disember di Plaza Tol Juru (kedua-dua arah), Plaza Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,
26-12-2024
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur
Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.
17-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok
JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.
11-08-2026
Berita Terkini
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
