Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah

Kia telah melancarkan satu lagi model MPV versi elektrik, Kia Carens Clavis di India, baru-baru ini. MPV tujuh tempat duduk ini merupakan EV pertama jenama itu yang dihasilkan di negara terbabit.
Di India, Kia Carens Clavis hadir dengan dua varian: Base (bateri 42 kWj) dan Long Range (bateri 51.4 kWj).
Ia yang menampilkan reka bentuk ala EV9 menawarkan jarak perjalanan maksimum sehingga 490 km.

Direka khusus untuk pasaran EV yang sedang berkembang, Carens Clavis EV baharu ini mengekalkan gaya futuristik seperti versi enjin pembakaran dalamannya, dengan falsafah "Opposites United" yang dipopularkan oleh SUV utama mereka, EV9.
Selain itu, ia juga hadir dengan lampu utama LED yang diinspirasikan daripada EV3, tiada gril manakala dport pengecasan berada di tengah.

Antara kelengkapan lain, ia hadir dengan rim aloi baharu dengan reka bentuk aerodinamik tertutup ala EV9, lampu belakang LED berbentuk-L dengan lampu bar yang merentangi bahagian belakang.
Walaupun mengekalkan susun atur tiga baris dan tujuh tempat duduk seperti model petrol, Carens Clavis EV diletakkan sebagai model yang sedikit lebih premium, memandangkan ia hadir dengan teknologi yang lebih canggih.
Menjengah bahagian kabinnya, jentera ini hadir dengan skrin digital 26.6 inci yang menggabungkan skrin infotainmen dan kluster meter digital, yang disertakan secara standard untuk semua varian.


Bergantung pada varian, pembeli di India boleh menikmati ciri-ciri keselesaan seperti tempat duduk depan hadir dengan fungsi pengudaraan pencahayaan ambien, bumbung suria panoramik, sistem audio Bose 8 pembesar suara, dan sehingga 20 fungsi ADAS yang menyokong pemanduan autonomi Tahap 2.
Untuk akses lebih mudah ke baris ketiga, Kia turut memperkenalkan tempat duduk "Boss Mode" pada barisan kedua, yang boleh dilipat dengan hanya satu sentuhan butang.

Untuk makluman, Carens Clavis EV menggunakan platform yang sama dengan beberapa model kecil dalam kumpulan Hyundai, termasuk Hyundai Creta Electric dan SUV Kia Seltos.
Varian base yang disumbat dengan pek bateri 42-kWh serta terdapat satu motor elektrik dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 133 hp (99 kW) dan 225 Nm, serta jarak perjalanan EV sehingga 404 km berdasarkan piawaian MIDC India.
Untuk mereka yang inginkan jarak lebih jauh, terdapat juga varian Long Range dengan motor lebih berkuasa yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 169 hp (126 kW) dan 255 Nm, serta bateri lebih besar 51.4 kWh yang membolehkan jarak MIDC sehingga 490 km.
Kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW, dan turut dilengkapi fungsi Vehicle-to-Load (V2L) untuk sokongan gaya hidup lasak.

Kia Carens Clavis EV serba baharu kini dijual di India pada harga antara Rs 17.99 lakh hingga Rs 24.49 lakh (RM88,929 hingga RM121,061), dan stoknya bergantung kepada wilayah masing-masing di India.
Tiada maklumat lagi sama ada model EV kompak ini akan dibawa masuk ke negara ASEAN atau Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC1189
SELANGOR
BSQ7208
JOHOR
JYY4103
PULAU PINANG
PSC9160
PERAK
APJ1415
PAHANG
CFG7467
KEDAH
KGG4615
NEGERI SEMBILAN
NEK6219
KOTA KINABALU
SJS3576
KUCHING
QAB9690N
Terakhir Kemas Kini 16 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat