Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Sejak dilancarkan lebih sedekad lalu, Porsche Macan telah mencipta fenomena tersendiri sebagai SUV kompak sporty pilihan ramai, terutamanya mereka yang mendambakan keunikan Porsche dalam bentuk lebih praktikal berbanding Cayenne.
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit! Menjadikannya antara model paling laris bagi jenama Jerman tersebut.
Macan, Porsche Paling Pantas Cecah Sejuta Unit


Untuk makluman pembaca, Porsche mengambil masa 54 tahun untuk mencapai satu juta unit model ikonik 911, manakala Cayenne pula mengambil tempoh 18 tahun untuk mencapai angka sama. Namun, Macan membuktikan kehebatan apabila menjadi model Porsche terpantas menjangkaui jualan tujuh angka. Bukan itu sahaja, Macan juga ialah model Porsche ketiga yang berjaya melakar pencapaian luar biasa ini.


Unit yang ke sejuta Macan adalah sebuah Porsche Macan 4 Electric berwarna Frozen Blue Metallic, dihasilkan di kilang Porsche Leipzig, Jerman, sama seperti unit pertama dahulu. Model ini diserahkan kepada pelanggan di Jerman lengkap dengan sesi fotografi dan acara penghargaan istimewa untuk memperingati peristiwa yang penuh bersejarah ini.
Evolusi Macan: ICE Kini Berakhir, Era Elektrik Bermula


Sepanjang 12 tahun perjalanannya, Macan sudah melalui dua generasi serta dua versi facelift untuk model generasi pertama. Kini, generasi terbaru yang diperkenalkan tahun lalu dibawakan sebagai model elektrik sepenuhnya, seiring penamatan pengeluaran enjin pembakaran dalaman (ICE) tidak lama lagi bagi Macan dan juga kereta sport 718.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Porsche Macan S versi ICE
Kehadiran Macan Electric mendapat sambutan hangat, membuktikan perubahan ini tidak menghalang minat pembeli. Malah, dalam tempoh enam bulan pertama 2025, varian elektrik Macan menyumbang kira-kira 57% daripada jualan global model tersebut. Namun, ini juga disebabkan oleh pemberhentian jualan Macan ICE di Eropah. Model petrol masih lagi diteruskan di beberapa pasaran, khususnya di Amerika Syarikat, atas permintaan tinggi, walaupun pengeluarannya di Eropah akan ditamatkan tidak lama lagi.
Pasaran Malaysia: Macan Elektrik & Pilihan Harga


Bagi pasaran Malaysia, empat varian Macan Electric ditawarkan bermula dari RM430,000 untuk model asas Macan, diikuti Macan 4 (dari RM445,000), Macan 4 S (dari RM525,000) dan Macan Turbo sebagai model flagship dengan harga permulaan RM635,000. Semua varian ini hadir dengan teknologi terkini, rekaan sporty serta prestasi mengasyikkan yang menjadi identiti Porsche.
Baca: Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000
Untuk model ICE, hanya Macan T disenaraikan di laman rasmi Porsche Malaysia ketika ini, tanpa sebarang tanda harga dipaparkan. Ini merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa tumpuan pasaran kini lebih tertumpu kepada model elektrik.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP5720
SELANGOR
BST5917
JOHOR
JD9679J
PULAU PINANG
PSF4541
PERAK
APL3910
PAHANG
CFH6912
KEDAH
KGH9852
NEGERI SEMBILAN
NEL7835
KOTA KINABALU
SJU104
KUCHING
QAB5432P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Porsche 718 akan hadir dalam versi ICE.
15-12-2025
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik
Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.
12-08-2025
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025
Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
11-07-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat