MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyasarkan untuk memasang 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik dan parkir awam seluruh bandaraya itu secara berperingkat, dengan sasaran 100 lokasi pengecas menjelang 2030.
Perkara itu disahkan Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon, baru-baru ini.
Menurutnya, lokasi berpotensi meliputi kawasan awam termasuk bangunan kerajaan, kompleks sukan, tempat letak kereta awam dan lokasi strategik lain di seluruh Petaling Jaya.
Difahamkan, inisiatif itu dilaksana dalam dua fasa dengan kerjasama syarikat penyelesaian tenaga hijau bagi menyokong agenda bandar rendah karbon.
Fasa pertama menyaksikan pemasangan 500 pengecas membabitkan dua rakan strategik iaitu EV Connection Sdn Bhd dan Carput Zap Network Sdn Bhd.
“Kedua-dua rakan strategik ini komited menyokong MBPJ merealisasikan matlamat menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar paling bahagia, lestari dan mampan.
MBPJ menggunakan teknologi pengecasan moden yang mematuhi piawaian keselamatan, mesra pengguna dan efisien sejajar peningkatan bilangan pemilik kenderaan elektrik di lembah Klang,” katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani MoU bersama EV Connection Sdn Bhd dan Carput Zap Network Sdn Bhd berlangsung di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ, bagi melaksanakan pemasangan serta penyediaan kemudahan pengecas EV (EV Charging Bay - EVCB) di sekitar Petaling Jaya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3487
SELANGOR
BSR6314
JOHOR
JA3691J
PULAU PINANG
PSD8245
PERAK
APJ8719
PAHANG
CFH1753
KEDAH
KGH1272
NEGERI SEMBILAN
NEK9364
KOTA KINABALU
SJT1157
KUCHING
QAB2084P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Persatuan Penduduk Gesa Kerajaan Selangor Batal Kutipan Parkir Oleh Syarikat Swasta
Pertubuhan PJ Sejahtera dan Persatuan Petaling Jaya Lestari, menyeru kerajaan Selangor supaya membatalkan konsesi yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta.
14-07-2025
Terowong SMART Bawah Tanah Di PJ Kini Dipertimbangkan Oleh MBPJ
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mempertimbangkan pembinaan laluan bawah tanah yang di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK).
31-05-2024
Penutupan Jalan Di Sekitar PJ Sempena PJ Half Marathon & Festival Folklore
Notis penutupan jalan di sekitar Petaling Jaya. Rancang perjalanan anda.
22-09-2023
Kenderaan Pengecas Mudah Alih EVChargeGo, Kerjasama Dengan PRO-NET?
Model kenderaan yang digunakan sebagai "penyelamat EV" didedahkan.
29-05-2023
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
