Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV

Meta Bright Group Berhad menjalin kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Usaha sama ini dimeterai melalui anak syarikat milik penuh Meta Bright, Meta Bright Energy Sdn Bhd, yang mana ia akan menubuhkan entiti baharu yang dinamakan Meta Bright Chargesini Sdn Bhd.
Meta Bright akan memegang kepentingan sebanyak 51% , manakala bakinya iaitu 49% dipegang oleh ChargeHere.

Bagi yang tidak tahu, ChargeHere sebenarnya dikenali dengan jenama ChargeSini. Syarikat ini mengendalikan rangkaian pengecasan EV terbesar di negara ini menguruskan 935 titik pengecasan di lebih 400 lokasi, dengan 734 daripadanya telah beroperasi sepenuhnya dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Pengecas EV ini ditempatkan secara strategik terutama di pusat beli-belah, hotel, dan kondominium. Difahamkan, lebih 32,000 pengguna aktif yang menggunakan kemudahan terbabit.

Di sebalik kerjasama ini, ia sebenarnya menyokong sasaran kerajaan untuk memasang 10,000 stesen pengecasan EV menjelang 2025 di bawah Peta Laluan Peralihan Tenaga Negara. Beberapa lokasi keutamaan telah dikenal pasti di Johor, Pulau Pinang, dan Selangor termasuk Kuala Lumpur, Pahang, dan Melaka.
Bagi Meta Bright, langkah ini menandakan pengembangan strategik portfolio tenaganya dan mengukuhkan komitmen terhadap alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG).
Dengan memanfaatkan kepakaran teknikal, kekuatan operasi, dan jejak sedia ada ChargeHere, kumpulan ini berhasrat untuk mempercepat kemasukannya ke dalam bidang infrastruktur EV.
Kerjasama ini juga dijangka membuka peluang pasaran yang lebih luas. Pembangunan teknologi bersama, aksesibiliti yang ditambah baik, dan rangkaian pengecasan yang boleh diskalakan adalah sebahagian daripada visi jangka panjang.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Perancangan Korporat dan Strategik Meta Bright, Derek Phang, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pencapaian penting dalam aspirasi tenaga boleh diperbaharui kumpulan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan yang dirancang akan meningkatkan kehadiran Meta Bright di bandar utama, sekali gus dapat membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pengecasan EV.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU2970
SELANGOR
BSU4568
JOHOR
JF8415J
PULAU PINANG
PSG4794
PERAK
APM3047
PAHANG
CFJ1416
KEDAH
KGJ4851
NEGERI SEMBILAN
NEM3046
KOTA KINABALU
SJU5835
KUCHING
QAB7642P
Terakhir Kemas Kini 16 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge