Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!

Dua model EV terkini dari MG Motor, MG IM5 dan IM6, yang sebenarnya adalah versi jenama semula MG daripada subsidiari EV milik SAIC, IM Motor sudah dilancarkan pada acara Goodwood Festival of Speed 2025 yang sedang di Goodwood Estate.
Mengenai IM5, model ini merupakan sedan fastback EV bersaiz sederhana yang disasarkan untuk bersaing dengan Tesla Model 3 di Eropah.
Ia menampilkan garisan aerodinamik, rekaannya agak tajam, garisan bumbung yang licin serta pemegang pintu jenis tersembunyi hadir dengan pekali seretan serendah 0.226.


Selain itu, ia hadir dengan rim 19 inci lampu belakang LED penuh lebar, bumbung kaca panoramik penuh, dan sebenarnya banyak lagi.
Menjengah bahagian kabinnya,, IM5 menampilkan reka bentuk yang cukup minimalis, diserlahkan oleh paparan bersaiz 26.3 inci yang merangkumi skrin infotainmen dan paparan meter, dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Terdapat juga skrin kedua 10.5 inci di tengah yang mengawal tetapan pemanduan dan penyaman udara.


Antara ciri keselesaan lain termasuk tempat duduk yang hadir dengan fungsi pemanas dan berventilasi, sistem audio 20-pembesar suara dan pengecas tanpa wayar 50W.
Beralih kepada MG IM6 pula, ia merupakan versi SUV crossover yang lebih tinggi dan praktikal daripada IM5. Ia menampilkan rekaan serupa tetapi dalam bentuk badan yang lebih sesuai untuk para pembeli yang sudah berkeluarga sekaligus meletakkannya sebagai pencabar baharu Tesla Model Y di Eropah.


Sebaliknya, susun atur dalamannya hampir sama seperti IM5, kerana mempunyai skrin 26.3 inci, skrin kedua 10.5 inci, serta ciri keselesaan kabin yang lain. Namun, sebagai SUV, IM6 menawarkan ruang kepala lebih tinggi dan ruang but 665 liter dimana ia dilihat merupakan pilihan ideal untuk pembeli yang sudah berkeluarga.
Selain itu, kedua-dua model ini ditawarkan dalam versi pacuan belakang motor tunggal (RWD) dan pacuan semua roda dua motor (AWD), dimana versi Performance mampu menghasilkan sehingga 742 hp (553 kW) dan tork 802 Nm. IM5 Performance boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.2 saat, manakala IM6 mencatat 3.5 saat.

Bagi bateri, IM5 ditawarkan dalam pilihan 75 dan 100 kWh, dengan varian Long Range 100 kWh mampu mencatat jarak maksimum 710 km dengan sekali cas. IM6 pula hanya ditawarkan dengan bateri 100 kWh, memberikan jarak 624 km untuk varian RWD Long Range.
Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, Ini bermakna, ia hanya mengambil masa 17 minit untuk mengecas dari 10% ke 80%.
Mengenai harga, MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.
Walaupun baharu sahaja membuat penampilan di UK, kedua-dua EV ini sebenarnya sudah pun dijual di pasaran pemanduan kanan (RHD) seperti Australia dan Thailand.

Di sebalik ini, adakah Malaysia juga akan menerima kedua-dua model berkenaan?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN843
SELANGOR
BSM7096
JOHOR
JYS341
PULAU PINANG
PRY9718
PERAK
APF4734
PAHANG
CFF4641
KEDAH
KGE4827
NEGERI SEMBILAN
NEJ5980
KOTA KINABALU
SJQ4346
KUCHING
QAB3073N
Terakhir Kemas Kini 27 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!
Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.
24-04-2025
MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV
Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi.
05-03-2025
Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti
SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.
09-09-2024
MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?
SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada MG5 GT.
15-08-2024
Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya
MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.
02-02-2024
Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!
Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.
30-01-2024
MG Motor Dedah MG5 X Edition dan MG4 101 Edition
MG Motor Malaysia sudah membuka tempahan untuk model terbaharunya, MG5 X Edition.
28-10-2025
Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
26-08-2025
Berita Terkini
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.
UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
25-02-2026
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu
Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.
20-02-2026
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur
Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
19-02-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP
Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.
12-02-2026
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa
Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.
11-02-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
