MOF Sahkan Pembatalan Cukai Barangan Bernilai Tinggi – Ini Strategi Alternatif...
-full.jpg)
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai bernilai tinggi (HVGT).
HGVT yang sebelum ini dikenali sebagai cukai barangan mewah pada asalnya dijadualkan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei 2024, namun ditangguhkan susulan bantahan daripada pemain industri. Kadar cukai dicadangkan ialah sekitar 5% hingga 10%, yang bakal melibatkan barangan bernilai tinggi seperti kereta berharga lebih RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barang kemas bernilai lebih RM10,000.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sekiranya dilaksanakan, kerajaan menganggarkan kutipan HVGT mampu mencecah sekitar RM700 juta.
MOF turut menjelaskan bahawa walaupun HVGT tidak diteruskan, prinsip dan sebahagian elemennya telah diadaptasi dalam sistem cukai jualan yang baharu, di mana barangan mewah dan pilihan kini dikenakan kadar antara 5% hingga 10%.
Bagi menampung kekurangan potensi hasil daripada HVGT, kerajaan juga telah memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mula berkuat kuasa bulan ini (Julai 2025).
Langkah Pengukuhan Kutipan Hasil Negara


MOF menjelaskan bahawa pelbagai langkah telah diambil melalui cukai langsung dan tidak langsung bagi memperkukuhkan kutipan hasil negara. Pengumuman ini dibuat sebagai jawapan bertulis kepada pertanyaan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang meminta Menteri Kewangan mengupas unjuran peningkatan pendapatan negara daripada pelaksanaan beberapa reformasi fiskal.
Hasil Reformasi Cukai
Beberapa inisiatif cukai yang sedang atau bakal dilaksanakan termasuk Cukai Keuntungan Modal (CGT), Cukai Perkhidmatan Digital (StoDs), Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG), peluasan SST serta rasionalisasi subsidi.
Kerajaan berjaya memperoleh pulangan hasil dan penjimatan yang signifikan yang mana kutipan CGT sejak 1 Mac 2024 dianggarkan berjumlah RM800 juta setahun, manakala StoDs memberikan pulangan sebanyak RM1.6 bilion pada tahun 2024. Sementara itu, pelaksanaan LVG menyumbang sekitar RM500 juta bagi tahun 2024.
Semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 pula dijangka menambah hasil negara sebanyak RM5 bilion bagi tahun 2025 dan meningkat kepada RM10 bilion pada 2026. Selain itu, rasionalisasi subsidi diesel telah menjana penjimatan dana kerajaan sebanyak RM600 juta setiap bulan.
Sumber: Berita Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


