Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia. Pakej gaya sporty ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada harga RM8,500, terbuka untuk semua varian Kicks e-Power.
Pakej Penggayaan Impul – Lebih Agresif & Bergaya

Pakej Impul Edition memperkenalkan satu set aerokit lengkap yang merangkumi spoiler bampar depan, skirt sisi aerodinamik, spoiler bampar belakang dan spoiler bumbung. Selain itu, terdapat decal sisi Impul serta logo bonet Impul, kesemuanya bernilai RM5,000. Bagi pembeli Kicks e-Power, ETCM menawarkan pemasangan pakej penggayaan ini secara percuma menerusi tawaran pelancaran terhad.





Bahagian kedua pakej terdiri daripada rim aloi Impul Aura SX berukuran 18 inci yang dihasilkan dari Jepun, dengan kemasan Bronze Clear Polish yang menarik. Roda ini dipadankan bersama tayar sport Goodyear Eagle F1, ditawarkan pada harga RM3,500. ETCM menekankan bahawa hanya 50 set disediakan untuk pakej ini secara eksklusif.
Varian & Harga Nissan Kicks e-Power Di Malaysia
Nissan Kicks e-Power dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Disember 2024 sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, dalam dua varian iaitu VL dan VLT. Harga ditetapkan pada RM113,800 untuk varian VL, RM121,800 untuk VLT dan RM125,800 bagi varian VLT yang hadir dalam dua tona.
Baca: KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian
Jaminan Pembelian Pakej Impul Edition
Pakej Impul Edition ini disertakan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 km yang meliputi semua komponen termasuk dalam pakej styling tersebut.Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi bilik pameran rasmi ETCM.
Baca: MAS 2025: Nissan Kicks e-Power Impul Edition Didedahkan – Lebih Sporty

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat