Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd bagi menubuhkan syarikat usaha sama baharu, SenangCas Sdn Bhd.
Usaha ini dijangka mempercepat pembinaan rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Malaysia.

Langkah ini menjadi satu lagi inisiatif penting PEKEMA dalam mendukung aspirasi negara menuju mobiliti rendah karbon, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon.
Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata penubuhan SenangCas bukan sekadar kerjasama perniagaan tetapi menzahirkan komitmen PEKEMA untuk menyediakan ekosistem EV yang lengkap, menyeluruh dan mampan.
“Melalui kolaborasi dengan Aquateak Energy, kami mahu PEKEMA muncul sebagai peneraju dalam membina jaringan pengecasan EV yang lebih cekap, pintar serta mudah digunakan.
"Ini adalah langkah holistik kami untuk membantu negara mencapai sasaran 10,000 stesen pengecas EV awam menjelang 2030,” katanya.

Tambah beliau, kekuatan rangkaian ahli PEKEMA di seluruh negara yang terdiri daripada pengimport dan peniaga automotif Bumiputera menjadi kelebihan besar dari segi capaian pasaran dan lokasi strategik untuk projek ini.
Sementara itu, Pengarah Aquateak Energy, Datuk Tarmizi Jusoh, berkata kerjasama ini menggabungkan kepakaran teknikal Aquateak dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dengan keupayaan PEKEMA mengembangkan pasaran.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan PEKEMA menerusi inisiatif ini. Ia bukan sahaja membantu Malaysia mencapai sasaran neutral karbon, malah memberi manfaat terus kepada pengguna melalui kemudahan pengecasan yang lebih luas dan pantas,” katanya.
Antara fokus utama SenangCas termasuk:
• Fasa pertama membina lebih 650 pengecas EV di lokasi strategik seluruh negara, termasuk pusat bandar dan lebuh raya utama, menjelang hujung 2026.
• Penggunaan tenaga bersih serta teknologi grid pintar bagi memastikan kebolehpercayaan sistem.
• Pengecas bersifat ‘akses terbuka’ yang serasi dengan kebanyakan jenama EV.
• Rancangan meluaskan operasi ke pasaran ASEAN pada fasa seterusnya.
Kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin pembangunan infrastruktur EV yang lebih mampan, pintar dan mesra pengguna, di samping membuka peluang perniagaan baharu kepada syarikat tempatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge