Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sebentar tadi, Sime Motors telah melancarkan BYD Atto 2 secara rasmi di Malaysia, pada harga pelancaran RM100,000. Sasaran utama pasaran bagi model ini ialah generasi muda, bersesuaian dengan aura moden dan 'bertenaga' yang diserlahkannya.
Didatangkan bersama-sama dengan EV ini ialah pakej pemilikan mudah untuk 800 pelanggan pertama yang termasuk "pengecasan mudah" sama ada pengecas dinding percuma (wallbox) untuk pemilik rumah bertanah (landed) atau pakej pengecasan bergerak Sime Platinum 4+ Power Up untuk pemilik EV dengan kediaman bertingkat (high-rise).
Kemudahan Pengecasan EV Untuk Pemilik Yang Tinggal Di Bangunan Bertingkat (High-Rise)
-full_normal.jpg)
Menurut Pengarah Urusan Sime Motors, Andrew Basham, “Kami berusaha menghapuskan halangan utama pemilikan EV dengan menawarkan pelan pembayaran fleksibel dan kerjasama bersama Power Up (P.UP), yang menjadi perintis dalam menawarkan khidmat pengecasan EV terus ke pintu rumah pelanggan."


Pakej pengecasan mudah alih ini diwujudkan khusus untuk kawasan di mana pemasangan pengecas dinding (wallbox) tidak praktikal. Bagi pembeli Atto 2 di kawasan terpilih, Pakej Sime Platinum 4+ oleh P.UP ditawarkan untuk menggantikan wallbox.
Pakej Platinum 4+ Oleh P.UP
-full_normal.jpg)
Langganan selama 12 bulan ini meliputi empat sesi pengecasan bergerak setiap bulan (sehingga 80% kapasiti bateri), dua kali cucian kereta dan dua kali servis penyelamatan (rescue) EV percuma setiap tahun.
-full_normal-full_normal.jpg)
Pakej ini ditawarkan berdasarkan pelan P.UP yang berharga RM348 sebulan, yang biasanya ditawarkan untuk EV dengan bateri berkapasiti antara 45 hingga 60 kWj.
Tawaran eksklusif ini hanyalah untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di pangsapuri tinggi. Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi sama ada perkhidmatan P.UP ini turut akan diperluaskan kepada pembeli model BYD lain di bawah Sime Motors Malaysia.
Pelan Lain Untuk EV Berkapasiti Bateri Lebih Besar
Bagi EV dengan bateri berkapasiti lebih besar, P.UP menawarkan pelan berharga RM1,037 sebulan yang merangkumi sehingga lapan sesi pengecasan bergerak, empat cucian kereta premium termasuk pengilatan tayar, serta kadar elektrik yang rendah pada RM1.47 per kWj.
Khidmat Cas Ad-Hoc & Pilihan Tambahan Lain
Bagi yang berminat menggunakan perkhidmatan pengecasan mudah alih secara ad-hoc tanpa membeli Atto 2, P.UP menawarkan caj RM1.70/kWj dan caj servis RM40.
Selain itu, pelanggan boleh memilih servis tambahan seperti cucian kereta (RM20), pengilatan tayar (RM10) dan vakum (RM15) ketika sesi pengecasan dijalankan. Setiap sesi pengecasan dihadkan kepada 80% SoC untuk masa dan tenaga yang optimum.
Latar Belakang Perkhidmatan Pengecasan Mudah Alih P.UP
Perkhidmatan inovatif ini adalah hasil kerjasama antara Sime Darby dengan syarikat pemula dari Singapura iaitu P.UP, yang bekerjasama dengan Nazamax untuk beroperasi di Malaysia.
Walaupun kolaborasi antara P.UP dan Nazamax telah diumumkan pada hujung tahun 2023, perkhidmatan ini baru dilancarkan pada September 2024 bermula di Pulau Pinang menggunakan dua kenderaan bergerak yang dilengkapi pengecas pantas DC 50 kW.
Di majlis pelancaran Atto 2, P.UP juga mendedahkan trak pengecas mudah alih yang hadir sama ada dalam kapasiti 64 kW, 81 kW atau 120 kW, yang dijangka akan digunakan secara meluas pada masa akan datang.
-full_normal.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge