Perhatian Buat Pengguna NPE, Besraya

Perhatian buat pengguna Lebuhraya New Pantai Expressway (NPE) dan Besraya.
Ini kerana kedua-dua lebuh raya itu akan ditutup bermula 1 pagi hingga jam 11 pagi pada 3 Ogos ini. Laluan itu ditutup disebabkan acara tahunan IJM Duo Highway Challenge Run 2025 yang dianjurkan EC Pixels Asia Sdn Bhd, dengan IJM Corporation Berhad.
Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua lebuh raya, Ts Wan Salwani Wan Yusoff memohon agar pengguna menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang penutupan sementara ini.
"Butiran berkenaan laluan alternatif boleh diperoleh dengan melayari platform media sosial NPE dan Besraya," ujarnya dalam satu kenyataan.


Untuk makluman anda, penutupan sementara ini telah mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Lokasi penutupan yang terlibat adalah seperti Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari KM 1.8 di Bulatan Kewajipan (Subang Jaya) ke KM 11 ke arah Bangsar, dari Kuchai Lama Entrepreneurs Park ke Plaza Tol Pantai Dalam di kedua-dua arah.
Sementara di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) melibatkan persimpangan bertingkat Kuchai Lama sehingga ke Jalan Pandan 1 di KM 21.9 menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di kedua-dua arah.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan kecemasan di kedua-dua lebuh raya, sila hubungi talian hotline Lebuhraya NPE: 1-300-88-1010, Lebuhraya Besraya: 1-800-88-0999.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Terbakar Di NPE Selepas Terlibat Kemalangan
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.
20-10-2024
Mudah, Senang Guna SPT
Kalau baki Toucn N Go tak cukup, jangan risau anda boleh guna kad debit, kredit untuk bayar tol.
28-08-2023
IJM: Bakal Laksanakan Projek Sambungan NPE Pada Tahun Ini
IJM menerima projek utuk melaksanakan kerja-kerja sambungan Lebuhraya NPE serta penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada.
26-05-2025
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge