PM Tegaskan RON95 RM1.99 Seliter Hanya Untuk Rakyat Malaysia Bukannya Warga Asing!

Tahukah anda, RON95 hanya untuk rakyat Malaysia bukannya warga asing!
Perkara itu sekali lagi ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan baru-baru ini, khas untuk rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan harga pasaran semasa.
Langkah itu dilihat amat penting bagi memastikan subsidi kerajaan yang besar hanya dinikmati oleh rakyat tempatan, selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang mengutamakan keadilan sosial.
"Minyak petrol RON95 untuk rakyat Malaysia, kita jual RM1.99. Tetapi, untuk warga asing dan pelancong termasuk dari Singapura, mereka akan bayar harga pasaran, RM2.50 atau RM2.60 seliter. Ini bukan diskriminasi, tetapi dasar negara berdaulat yang menjaga rakyatnya," kata beliau ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, semalam.

Anwar berkata penyasaran subsidi petrol ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan negara yang selama ini turut dinikmati oleh warga asing yang tidak membayar cukai atau menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.
Beliau turut menyelar kenyataan seorang pemimpin pembangkang dari Johor yang didakwa mengecam tindakannya memberikan subsidi berkenaan hanya untuk rakyat Malaysia.
"Ada pemimpin pembangkang tanya kenapa warga asing kena bayar lebih? Saya tidak faham. Saya Perdana Menteri Malaysia.
"Orang asing tak bayar cukai pun macam rakyat. Di negara mana orang asing dapat subsidi macam warga sendiri? Tanggungjawab saya pertama ialah jaga rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak menaikkan harga minyak sesuka hati, malah harga di Malaysia kekal antara terendah di rantau ini meskipun berdepan tekanan fiskal.
"Kalau tidak percaya, pergi tengok harga minyak di Singapura, Thailand, Indonesia semua jauh lebih tinggi. Kita masih mampu beri RM1.99 kepada rakyat. Itu tanggungjawab saya," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7582
SELANGOR
BSU2324
JOHOR
JF2740J
PULAU PINANG
PSG1450
PERAK
APL9182
PAHANG
CFH9255
KEDAH
KGJ3503
NEGERI SEMBILAN
NEM1843
KOTA KINABALU
SJU4280
KUCHING
QAB7068P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat