Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

Blueshark, jenama motosikal elektrik terkemuka di Malaysia, mengumumkan promosi pra-pelancaran terhad untuk SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja!
Bermula dari 15 Julai hingga 16 September 2025 (atau selagi stok masih ada), pelanggan Mesra Rewards dan Setel boleh membuat pra-tempahan motosikal elektrik SoloEra Solo 1C pada harga promosi pra-pelancaran serendah RM599.

Ia adalah satu tawaran luar biasa yang ditawarkan melalui rebat MARiiCas sebanyak RM2,400 dan sokongan tambahan dari Blueshark. Tempahan hanya boleh dibuat melalui laman sesawang MyMesra dan aplikasi Setel.
Untuk melayakkan diri bagi harga promosi RM599, berikut adalah syaratnya:

- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Ada lesen motosikal B2 yang sah
- Perlu memohon rebat MARiiCas (tertakluk kepada kuota)
- Komitmen terhadap pelan sewa bateri selama 5 tahun pada RM59/sebulan
- Langganan pakej sambungan pada RM10/sebulan.
Pra-tempahan akan dihantar melalui pengedar sah Blueshark di seluruh negara dalam tempoh enam bulan, bergantung kepada lokasi dan ketersediaan.
Caj penghantaran dikenakan, dengan bayaran tambahan bagi penghantaran ke Malaysia Timur. Tanpa rebat MARiiCas, harga motosikal ialah RM2,999, tidak termasuk sewa bateri dan langganan sambungan.
Untuk makluman, jenama SoloEra dibangunkan oleh Blueshark bagi menyediakan penyelesaian elektromobilitiberkualiti tinggi dan mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia, sekaligus memperluas penggunaan motosikal elektrik 2 roda (2WEV) selaras dengan aspirasi Net Zero negara.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Blueshark Malaysia Sdn Bhd.Jeff Chong, berkata SoloEra bukan sekadar jenama baharu kerana ia adalah satu langkah berani untuk mendemokrasikan akses kepada elektromobiliti.
“Promosi pra-pelancaran Solo 1C ini akan menghapuskan halangan untuk penunggang EV kali pertama dan membuka jalan kepada lebih ramai rakyat untuk menikmati manfaat mobiliti lestari.
"Revolusi elektrik ini mesti merangkumi semua lapisan masyarakat. Ini adalah manifestasi sebenar visi jangka panjang Blueshark untuk menjadikan mobiliti pintar dan lestari benar-benar boleh dicapai oleh semua.
"Melalui kerjasama dengan MARii, Mesra Rewards dan Setel, kami memastikan tiada penunggang yang tercicir, demi setiap rakyat Malaysia yang ingin melangkah ke hadapan dengan lebih bersih, bijak, selamat dan menjimatkan," jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii.Azrul Reza Aziz berkata Inisiatif itu mencerminkan kuasa kerjasama awam-swasta dalam mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon.
“Rebat MARiiCas diwujudkan bagi mendorong rakyat beralih kepada penggunaan motosikal elektrik dengan lebih mudah, dan inisiatif oleh Blueshark dan SoloEra ini membantu merealisasikan visi tersebut.
"Dengan memperluas capaian elektromobiliti kepada semua lapisan masyarakat, kita bukan sahaja memacu akses bersih yang inklusif, malah turut menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai 20% penggunaan kenderaan elektrik (xEV) menjelang tahun 2030.
"Kempen ini menyusuli pratonton awam jenama SoloEra dan tiga model pertamanya—Solo 1C, Solo 2, dan Solo 3—di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) pada bulan Mei lalu, dan terus membangkitkan keterujaan menjelang pelancaran rasmi SoloEra pada Suku Ketiga 2025.

SoloEra Solo 1C berpotensi mengurangkan sehingga 3,500kg pelepasan CO₂ setahun (dianggarkan 90% lebih rendah berbanding enjin 150cc biasa), dengan kelajuan maksimum 75 km/j dan jarak NEDC maksimum sehingga 101 km menggunakan bateri LFP generasi kedua 2,000W, yang boleh dicas terus dari mana-mana soket 3-pin standard, selain sokongan penukaran bateri (battery swapping) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Disertakan dengan empat mod tunggangan, termasuk Mod Bantuan Motor (Motor Assist Mode), Solo 1C turut menyokong sambungan aplikasi mudah alih (app-enabled) untuk fungsi pintar seperti status kenderaan, telematik, kunci jauh Bluetooth, sistem keselamatan anti-kecurian dan fungsi Find My Vehicle.

Solo 1C ditawarkan dalam tiga warna menarik: Nebula Green, Nova Orange dan Lunar White, dan akan mula dipasang secara tempatan oleh EP Manufacturing Berhad (EPMB) di kilang Glenmarie seawal Julai 2025.
Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila layari www.mymesra.com.my atau muat turun aplikasi Setel dari Apple App Store atau Google Play Store. Untuk memohon rebat MARiiCas, sila layari: https://insentif.marii.my/mariicas.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4596
SELANGOR
BSU3431
JOHOR
JF5040J
PULAU PINANG
PSG3080
PERAK
APM1461
PAHANG
CFH9806
KEDAH
KGJ4132
NEGERI SEMBILAN
NEM2419
KOTA KINABALU
SJU4962
KUCHING
QAB7404P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM
Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.
01-01-2026
Jangan Risau Kalau Beli Skuter Blueshark, Rangkaian Tukar Bateri Ditambah
Nak beli skuter Blueshark, jangan risau kalau nak tukar bateri.
19-03-2024
Maxis Sediakan 4G,5G Untuk Blueshark, JomCharge
Maxis jalin hubungan dengan Blueshark, JomCharge.
23-11-2023
DHL Guna EV Untuk Hantar Barang
DHL Express kini menambah lagi 44 van elektrik dan 17 motosikal elektrik.
17-11-2023
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

