ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Blueshark, jenama motosikal elektrik terkemuka di Malaysia, mengumumkan promosi pra-pelancaran terhad untuk SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja! 

Bermula dari 15 Julai hingga 16 September 2025 (atau selagi stok masih ada), pelanggan Mesra Rewards dan Setel boleh membuat pra-tempahan motosikal elektrik SoloEra Solo 1C pada harga promosi pra-pelancaran serendah RM599.

image.png

Ia adalah satu tawaran luar biasa yang ditawarkan melalui rebat MARiiCas sebanyak RM2,400 dan sokongan tambahan dari Blueshark. Tempahan hanya boleh dibuat melalui laman sesawang MyMesra dan aplikasi Setel.

Untuk melayakkan diri bagi harga promosi RM599, berikut adalah syaratnya:

image.png

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Ada lesen motosikal B2 yang sah
  • Perlu memohon rebat MARiiCas (tertakluk kepada kuota)
  • Komitmen terhadap pelan sewa bateri selama 5 tahun pada RM59/sebulan
  • Langganan pakej sambungan pada RM10/sebulan.

Pra-tempahan akan dihantar melalui pengedar sah Blueshark di seluruh negara dalam tempoh enam bulan, bergantung kepada lokasi dan ketersediaan. 

Caj penghantaran dikenakan, dengan bayaran tambahan bagi penghantaran ke Malaysia Timur. Tanpa rebat MARiiCas, harga motosikal ialah RM2,999, tidak termasuk sewa bateri dan langganan sambungan.

Untuk makluman, jenama SoloEra dibangunkan oleh Blueshark bagi menyediakan penyelesaian elektromobilitiberkualiti tinggi dan mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia, sekaligus memperluas penggunaan motosikal elektrik 2 roda (2WEV) selaras dengan aspirasi Net Zero negara.

image.pngimage.png

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Blueshark Malaysia Sdn Bhd.Jeff Chong, berkata SoloEra bukan sekadar jenama baharu kerana  ia adalah satu langkah berani untuk mendemokrasikan akses kepada elektromobiliti.

“Promosi pra-pelancaran Solo 1C ini akan menghapuskan halangan untuk penunggang EV kali pertama dan membuka jalan kepada lebih ramai rakyat untuk menikmati manfaat mobiliti lestari.

"Revolusi elektrik ini mesti merangkumi semua lapisan masyarakat. Ini adalah manifestasi sebenar visi jangka panjang Blueshark untuk menjadikan mobiliti pintar dan lestari benar-benar boleh dicapai oleh semua.

"Melalui kerjasama dengan MARii, Mesra Rewards dan Setel, kami memastikan tiada penunggang yang tercicir, demi setiap rakyat Malaysia yang ingin melangkah ke hadapan dengan lebih bersih, bijak, selamat dan menjimatkan," jelasnya.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif MARii.Azrul Reza Aziz berkata Inisiatif itu mencerminkan kuasa kerjasama awam-swasta dalam mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon.

“Rebat MARiiCas diwujudkan bagi mendorong rakyat beralih kepada penggunaan motosikal elektrik dengan lebih mudah, dan inisiatif oleh Blueshark dan SoloEra ini membantu merealisasikan visi tersebut.

"Dengan memperluas capaian elektromobiliti kepada semua lapisan masyarakat, kita bukan sahaja memacu akses bersih yang inklusif, malah turut menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai 20% penggunaan kenderaan elektrik (xEV) menjelang tahun 2030.

"Kempen ini menyusuli pratonton awam jenama SoloEra dan tiga model pertamanya—Solo 1C, Solo 2, dan Solo 3—di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) pada bulan Mei lalu, dan terus membangkitkan keterujaan menjelang pelancaran rasmi SoloEra pada Suku Ketiga 2025.

image.png

SoloEra Solo 1C berpotensi mengurangkan sehingga 3,500kg pelepasan CO₂ setahun (dianggarkan 90% lebih rendah berbanding enjin 150cc biasa), dengan kelajuan maksimum 75 km/j dan jarak NEDC maksimum sehingga 101 km menggunakan bateri LFP generasi kedua 2,000W, yang boleh dicas terus dari mana-mana soket 3-pin standard, selain sokongan penukaran bateri (battery swapping) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

image.pngimage.png

Disertakan dengan empat mod tunggangan, termasuk Mod Bantuan Motor (Motor Assist Mode), Solo 1C turut menyokong sambungan aplikasi mudah alih (app-enabled) untuk fungsi pintar seperti status kenderaan, telematik, kunci jauh Bluetooth, sistem keselamatan anti-kecurian dan fungsi Find My Vehicle.

image.png

Solo 1C ditawarkan dalam tiga warna menarik: Nebula Green, Nova Orange dan Lunar White, dan akan mula dipasang secara tempatan oleh EP Manufacturing Berhad (EPMB) di kilang Glenmarie seawal Julai 2025.

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila layari www.mymesra.com.my atau muat turun aplikasi Setel dari Apple App Store atau Google Play Store. Untuk memohon rebat MARiiCas, sila layari: https://insentif.marii.my/mariicas.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT4596

SELANGOR

BSU3431

JOHOR

JF5040J

PULAU PINANG

PSG3080

PERAK

APM1461

PAHANG

CFH9806

KEDAH

KGJ4132

NEGERI SEMBILAN

NEM2419

KOTA KINABALU

SJU4962

KUCHING

QAB7404P

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

15-07-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.