Super GT Malaysia 2025 Terima Sambutan Hangat – Tiba Lagi Tahun Depan?
Super GT kembali menggegarkan PETRONAS SIC hujung minggu lalu. Gambar di atas menunjukkan perlumbaan kelas GT500.
Selepas lebih sedekad, perlumbaan penuh aksi, Super GT, dari negara Jepun kembali menggegarkan tanah air di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Petronas SIC) hujung minggu lalu yang berjaya menarik seramai 75,977 pengujung.
Perlumbaan sejauh 300 km ini merupakan pusingan ketiga Super GT dan satu-satunya acara yang diadakan di luar negara dalam kalendar perlumbaan tahun ini.
Aksi Hebat Di Litar Sepang
Jentera GT3 dalam kelas GT300 turut bersaing serentak dalam perlumbaan sejauh 300 km pada Sabtu lalu.
Acara yang dianjurkan oleh Haro Sports & Entertainment Sdn Bhd ini menyaksikan perlumbaan sengit kategori GT500 dan GT300 yang memukau orang ramai. Yang menariknya, perlumbaan kali ini diserikan dengan penyertaan dua pelumba wildcard tempatan, Jazeman Jaafar dan Adrian D’Silva, yang beraksi dalam kelas GT300 bersama pasukan terkenal Earl Bamber Motorsports (EBM).
Aksi litar dihangatkan dengan kemunculan pertama siri perlumbaan GR86 Cup Malaysia.
Selain perlumbaan sengit antara jenama automotif Jepun tersebut, festival Super GT Malaysia turut menampilkan acara sokongan seperti perlumbaan one-make (satu model/spesifikasi sama), GR86 Cup Malaysia yang buat julung kalinya diadakan, serta TGR Vios Challenge 2025.
GR86 Cup menampilkan pelumba profesional tempatan seperti Tengku Djan Ley, Keifli Othman dan Azlan Shah Kamaruzaman, serta selebriti seperti Zizan Razak.
Pengalaman Eksklusif
Sesi Pitwalk yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu membolehkan peminat mendekati pasukan, jentera, pemandu kegemaran serta ‘Race Queens’.
Berbeza dengan kebanyakan acara perlumbaan, Super GT bermula dengan sesi latihan pada hari Khamis, diikuti sesi latihan dan kelayakan pada hari Jumaat dan perlumbaan utama sejauh 300 km pada hari Sabtu. Aktiviti khas seperti Pit Walk untuk pemegang tiket Grandstand juga diadakan pada petang Jumaat dan tengah hari Sabtu, membolehkan peminat berada lebih dekat dengan pasukan, pemandu dan Race Queens.
Race Queens menjadi turut menjadi tumpuan acara.
Sesi Circuit Safari yang diadakan semasa sesi latihan Khamis dan Jumaat membolehkan peminat menaiki bas pelancongan mengelilingi litar sepanjang 5.5 km sambil menyaksikan aksi kereta GT500 dan GT300 secara dekat, pengalaman unik yang jarang ditawarkan.
Pemenang Super GT
Perlumbaan utama kelas GT500 menyaksikan kemenangan oleh jentera No. 37 Deloitte TOM’S GR Supra yang dipandu oleh Ukyo Sasahara dan Giuliano Alesi dari Perancis.
Pemandu wildcard GT300 Malaysia, Jazeman Jaafar (keempat dari kanan) dan Adrian D'Silva (ketiga dari kiri) bersama VIP di garaj Earl Bamber Motorsports (EBM).
Jazeman di sebalik stereng Aston Martin Vantage GT3 Evo (kiri) manakala Adrian pula mengendalikan Porsche 911 GT3 R (kanan), dan kedua-dua jentera disediakan serta diuruskan oleh Earl Bamber Motorsports (EBM).
Untuk kelas GT300, jentera No.18 UPGARAGE Mercedes-AMG GT3 Evo yang dikemudi Takashi Kobayashi dan Yuto Nomura muncul sebagai juara. Pelumba wildcard tempatan, Jazeman dan Adrian, pula masing-masing berjaya menamatkan perlumbaan dengan jentera Aston Martin Vantage GT3 Evo dan Porsche 911 GT3 R.
Kemeriahan Di Luar Litar
Di luar litar, Haro Sports & Entertainment bekerjasama dengan Trumpet International untuk membawakan festival tahunan budaya Jepun, Nihon Matsuri, di kawasan Mall SIC. Pengunjung dapat mencuba pelbagai aktiviti berkonsepkan Jepun dengan pelbagai pilihan makanan serta minuman.
Turut diadakan adalah acara hiburan selepas perlumbaan, GT Live! Concert, menampilkan barisan artis tempatan dan serantau termasuk trio Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ), kumpulan penyanyi wanita J-Pop dan M-Pop KLP48, Fareed (K-Clique), Sabhi Saddi dan Kaka Azraff.
Cabutan Bertuah Toyota GT Supra RM650,000
Selain aksi hebat di litar dan pelbagai aktiviti menarik di luar litar, salah satu tarikan utama yang menyumbang kepada jumlah kehadiran ramai pengunjung adalah cabutan bertuah eksklusif, Toyota GT Supra 3.0 6MT bernilai RM650,000, yang dianjurkan oleh penganjur Haro Sports bersama rakan kongsi, Mastercard. Jentera tersebut berjaya dibawa pulang oleh Cik Au Tzi Hua yang jelas menunjukkan kegembiraan sebaik nama diumumkan.
Super GT Bakal Kembali Lagi?
Untuk makluman pembaca, perlumbaan Super GT pertama kali diadakan di negara kita 25 tahun yang lalu ketika ia dikenali sebagai All-Japan Grand Touring Car Championship, dan kali terakhir acara ini diadakan di Malaysia adalah 12 tahun yang lalu, lebih sedekad, namun kehangatannya masih terasa, yang jelas terbukti melalui sambutan hangat yang diterima hujung minggu lalu.
Berita baiknya, ini bukanlah kali terakhir festival meriah ini menggegarkan Malaysia, kerana Haro Sports & Entertainment dilaporkan telah menerima slot wildcard GT500 untuk edisi tahun depan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ2058
SELANGOR
BSF9055
JOHOR
JYC4828
PULAU PINANG
PRS1081
PERAK
ANX3089
PAHANG
CFC4151
KEDAH
KGB2297
NEGERI SEMBILAN
NEG3798
KOTA KINABALU
SJL5401
KUCHING
QAB6176L
Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.07
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!
Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
03-06-2025
Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian
Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.
26-06-2025
Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?
Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.
23-05-2025
UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025
Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.
20-05-2025
Berita Terkini
LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah
Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.
02-07-2025
Perhatian: Lebuhraya KL-Seremban Tidak Ditutup, Kerja Pelancaran Rasuk Ditangguh
PLUS Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menutup laluan Plaza Tol Sungai Besi bermula tengah malam ini.
01-07-2025
Lebuhraya KL-Seremban Hanya Ditutup Sementara Bagi Pelancaran Rasuk Gantri
Kedua-dua arah di KM 309.7 Lebuhraya KL-Seremban, berhampiran stesen minyak BHPetrol Harmony akan ditutup mulai 12 tengah malam ini hingga 5 pagi (3 Julai 2025).
01-07-2025
Aerotrain Kembali Operasi: PM Puji Aerotrain, Kini Lebih Laju Daripada Dulu
Selepas tertangguh selama 28 bulan perkhidmatan tren tanpa pemandu yang moden itu sudah melalui proses naik taraf bernilai RM456 juta.
01-07-2025
Caltex Malaysia Kini Tawarkan Pelincir Enjin Khas Untuk Kereta Hibrid
Caltex Malaysia memperkenalkan pelincir enjin baharu dalam rangkaian produk Caltex Havoline, iaitu Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20.
01-07-2025
Super GT Malaysia 2025 Terima Sambutan Hangat – Tiba Lagi Tahun Depan?
Selepas lebih sedekad, perlumbaan penuh aksi, Super GT, dari negara Jepun kembali menggegarkan tanah air di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Petronas SIC) hujung minggu lalu.
01-07-2025
Perhatian Buat Pemilik Denza D9: Denza Malaysia Ubah Jadual Penyelenggaraan Dari 3 Bulan Kepada 1 Tahun
DENZA Malaysia mengumumkan penyelenggaraan berjadual pertama bagi kenderaan DENZA D9 kini ditetapkan pada 20,000 km atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu, bermula hari ini.
01-07-2025
Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP
Seramai 10 pemandu dari Singapura disaman RM300 dalam tempoh sejam pertama sejurus Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari Singapura , dikuat kuasa mulai hari ini.
01-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat