- Berita
- Berita Auto
- Tiada Liputan Internet Di Lebuhraya, Pasukan Petugas Khas Bakal Selesaikan Masalah Tersebut
Tiada Liputan Internet Di Lebuhraya, Pasukan Petugas Khas Bakal Selesaikan Masalah Tersebut

Bagi menangani masalah liputan internet di lebuh raya, satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh terdekat ini.
Pasukan itu melibatkan kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu dicapai hasil mesyuarat khas bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan agensi berkaitan.
Setakat ini lebih 50 kilometer jajaran lebuh raya dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi. Ini termasuk di Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Antara keputusan lain yang dicapai dalam mesyuarat tersebut termasuk mengenal pasti lokasi kritikal ‘drop call’, meneliti keperluan pemasangan infrastruktur telekomunikasi serta penglibatan konsesi lebuh raya dalam pelaksanaan penyelesaian jangka pendek dan panjang.
"LLM Wilayah dan MCMC Negeri turut turun padang bagi menjalankan semakan tapak serta kemudahan bekalan kuasa bagi pemasangan infrastruktur sokongan," katanya.
Beliau turut mencadangkan MCMC terlibat secara langsung dalam menangani gangguan frekuensi dan menyokong keperluan teknikal bagi pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6151
SELANGOR
BST8114
JOHOR
JE4681J
PULAU PINANG
PSF6548
PERAK
APL5631
PAHANG
CFH7695
KEDAH
KGJ1759
NEGERI SEMBILAN
NEL9174
KOTA KINABALU
SJU1845
KUCHING
QAB5848P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?
Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.
23-08-2026
Perhatian: Lebuhraya KL-Seremban Tidak Ditutup, Kerja Pelancaran Rasuk Ditangguh
PLUS Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menutup laluan Plaza Tol Sungai Besi bermula tengah malam ini.
01-07-2025
Kesesakan Teruk Bakal Selesai Selepas Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak Siap
Projek pelebaran lebuhraya itu membabitkan dua inisiatif iaitu satu membabitkan pelebaran KLK dan satu lagi berkaitan mitigasi banjir di sepanjang LPT1.
20-05-2025
KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar
Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.
13-05-2025
Ramai Keliru Tentang SMARTLANE, Sebab Papan Tanda Kecil Sangat
Betul ramai yang keliru sebab papan tanda SmartLane kecil sangat.
12-03-2024
Jangka 2.4 Juta Kenderaan Sehari Sempena Tahun Baharu Cina – LLM
LLM menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah trafik sehingga 2.4 juta kenderaan di lebuh raya yang menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan.
08-02-2024
Berita Terkini
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat