Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik pada 9 Jun lalu. Maklumat ini diumumkan dalam laporan awal Pasukan Petugas Khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).
Hilang Kawalan Akibat Kelajuan Berlebihan
Analisis kinematik menunjukkan bas dipandu pada kelajuan 117 km/j ketika kemalangan, sedangkan kelajuan maksimum dibenarkan hanya 60 km/j. Kegagalan mematuhi had laju menyebabkan pemandu hilang kawalan, mengakibatkan kenderaan tergelincir dan terbalik ke kiri jalan.
"Kenderaan terbalik ke sisi kiri sebelum bergesel dan menghentam penghadang jalan jenis W-beam, yang kemudiannya menembusi ke dalam ruang kabin sehingga menyebabkan kecederaan parah serta kematian dalam kalangan penumpang.

Pemandu bas pelajar UPSI, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39
"Walaupun pemandu mendakwa berlaku kegagalan sistem brek, siasatan setakat ini belum mengesahkan sebarang kerosakan teknikal.
"Pemeriksaan awal mengenal pasti tanda-tanda kemungkinan pemanasan melampau pada komponen brek, namun keadaan ini juga boleh berpunca daripada penggunaan brek yang berlebihan atau tidak sesuai.
"Penilaian terperinci masih dijalankan dan akan dilaporkan dalam Laporan Akhir," kata laporan itu.
Faktor Lain Menyumbang Kepada Keparahan Kemalangan
Selain kelajuan berlebihan, laporan menekankan beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko serta tahap keseriusan kemalangan:
- Reka bentuk jalan kurang sesuai dengan laluan berbukit dan selekoh tajam, tiada pembahagi fizikal, garisan tengah yang jelas dan papan tanda amaran mencukupi yang menyebabkan pemandu sukar menjangka risiko awal.
- Penghadang jalan jenis W-beam tidak mematuhi piawaian keselamatan semasa dan rekaannya menyebabkan struktur penghadang menembusi kabin bas, memburukkan kecederaan.
- Ketiadaan peranti kawalan kelajuan dan pemantauan seperti SLD atau GPS aktif menyukarkan pengesanan dan kawalan pemanduan laju.
- Tiada sistem kekangan penumpang seperti tali pinggang keledar yang mempertingkatkan risiko kecederaan serius ketika hentaman berlaku.
Kelemahan Tadbir Urus Industri Pengangkutan Pelancong

Laporan turut membongkar amalan pengendalian tidak sah dan ketidakpatuhan serius terhadap peraturan, termasuk pemajakan lesen tanpa kebenaran dan manipulasi dokumen pengawalseliaan. Keadaan ini mencerminkan kelemahan struktur tadbir urus industri pengangkutan pelancong dengan pematuhan rendah dan pengawasan tidak mencukupi.
Lebih membimbangkan, kedua-dua pemandu bas terlibat mempunyai rekod kesalahan lalu lintas yang tinggi, termasuk lebih 18 saman belum dijelaskan oleh pemandu pertama dan lebih 20 saman gabungan oleh pemandu kedua.
Kekurangan Ciri Keselamatan Memburukkan Keadaan

Ketiadaan tali pinggang keledar dan kegagalan struktur kabin untuk melindungi penumpang ketika impak menjadi faktor utama kecederaan serius dan kematian tinggi.
"Penembusan penghadang jalan ke dalam kabin di zon impak utama, di mana majoriti mangsa berada, adalah faktor fizikal yang kritikal dalam menentukan kebolehselamatan mangsa,” laporan itu menegaskan.
Kekurangan Pemantauan dan Ketidakselarasan Agensi Penguatkuasaan

Laporan turut mendedahkan kelemahan dalam pemantauan proaktif dan kurang koordinasi antara agensi penguatkuasaan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pelancongan. Ketiadaan teknologi pemantauan masa nyata menyebabkan pengendali tidak patuh terus beroperasi tanpa dikesan dan tindakan awal.
Sumber: Berita Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD6523
SELANGOR
BSR1576
JOHOR
JYB3682
PULAU PINANG
PSD3271
PERAK
APJ4170
PAHANG
CFG8716
KEDAH
KGG6573
NEGERI SEMBILAN
NEK7359
KOTA KINABALU
SJS5531
KUCHING
QAB580P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan
Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.
19-06-2025
Nahas Bas UPSI: Mangsa Dedah Bas Dipandu Laju, Ada Bau Hangit!
Sewaktu kejadian dia tidak tidur dan mendakwa bas dinaiki dia dan rakan-rakannya itu berbau hangit selain bergerak laju di jalan raya berkenaan.
09-06-2025
Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah
Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut manakala tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.
09-06-2025
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat