ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-20250508-WA0184.jpg


SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP). Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara SUV elektrik paling selamat di pasaran.


Catat Skor Tinggi Dalam Pelbagai Kategori Penting


Screenshot-2025-07-16-075344.jpg


SUV ini berjaya memperoleh markah tinggi dalam beberapa kategori utama, termasuk 91% untuk Perlindungan Penumpang Dewasa, 90% untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak, 78% bagi Pengguna Jalan Raya Rentan (pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal) dan 83% dalam kategori Bantuan Keselamatan.


Perlindungan Penumpang Dewasa


698677.jpg


Dalam ujian Perlindungan Penumpang Dewasa, Zeekr 7X mendapat 36.8 daripada 40 mata. Struktur kabin penumpang kekal stabil semasa ujian hentaman hadapan dengan perlindungan kukuh pada lutut dan femur kedua-dua penumpang hadapan.


698680.jpg698687.jpg


Dalam bahagian perlindungan impak sisi, 7X memperoleh skor penuh 16/16. Perlindungan bahagian badan yang kritikal juga diberikan penilaian “baik” dalam semua ujian. Ciri seperti beg udara tengah antara tempat duduk depan berfungsi baik, sementara perlindungan whiplash pula mencapai skor sempurna 4 mata.


Zeekr 7X turut dilengkapi ciri brek multi-collision (pengelak pelanggaran berulang) dan fungsi keselamatan ketika terbenam dalam air. 


Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak


698676.jpg698689.jpg


Dalam aspek perlindungan penumpang kanak-kanak, Zeekr 7X mencatatkan 44.5 daripada 49 mata, termasuk skor penuh 24 mata dalam ujian kemalangan menggunakan dummies kanak-kanak berusia enam dan sepuluh tahun. 


Sistem pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) juga mendapat skor sempurna. Ciri pengesanan kehadiran kanak-kanak didatangkan secara standard, serta terdapat ciri yang mana beg udara depan boleh dimatikan apabila menggunakan kerusi kanak-kanak yang menghadap belakang.


Keselamatan Pengguna Jalan Raya Rentan 


Dalam kategori pengguna jalan rentan seperti pejalan kaki dan penunggang basikal, model ini menerima 49.5 daripada 63 mata. Perlindungan kepala untuk pejalan kaki dan penunggang basikal adalah "baik" atau "sederhana", dengan beberapa kelemahan pada bahagian tiang cermin.


Sistem brek kecemasan automatik (AEB) mencatatkan prestasi cemerlang dengan skor 8.1/9 bagi pejalan kaki, 8/8 bagi penunggang basikal dan 6/6 untuk pengesanan penunggang motosikal. Walau bagaimanapun, sistem pencegahan kemalangan akibat pintu kenderaan tidak meraih sebarang mata.


Bantuan Keselamatan


698685.jpg


Dalam aspek Bantuan Keselamatan, Zeekr 7X memperoleh 15 daripada 18 mata. Model ini menerima skor penuh bagi sistem bantuan lorong laluan, 7.9/9 mata bagi sistem brek automatik untuk perlanggaran antara dua kereta, 2.2/3 mata bagi sistem bantuan kelajuan dan 0.9/2 mata bagi pengawasan pemandu dengan teknologi pengesanan mata. Peringatan tali pinggang keledar pula mendapat markah penuh.


Zeekr di Malaysia


Zeekr 7X baru-baru ini diperkenalkan kepada rakyat Malaysia di acara Malaysia Auto Show 2025 (MAS 2025) yang mana pendaftaran minatnya kini telah dibuka. SUV elektrik premium ini akan hadir dalam tiga varian iaitu RWD Standard (RM182,000), RWD Long Range (RM195,000) dan AWD Performance (RM230,000).

Baca: Zeekr X Raih Euro NCAP 5 Bintang – Terbaik Dalam Kelasnya?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ1030

SELANGOR

BST6848

JOHOR

JE2469J

PULAU PINANG

PSF5412

PERAK

APL4621

PAHANG

CFH7304

KEDAH

KGJ1094

NEGERI SEMBILAN

NEL8362

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5610P

Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-07-2026
EV

11-03-2026
EV

02-02-2026
Berita Auto

22-12-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.