BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM

BMW bersedia untuk memperkenalkan model elektrik terbarunya kepada dunia, iX3 generasi seterusnya di IAA Mobility atau Munich Motor Show 2025. SUV elektrik ini merupakan model pertama yang dibina di atas platform Neue Klasse, dan varian pertama yang bakal diperkenalkan ialah iX3 50 xDrive.
Pengeluaran eDrive Gen6 Sudah Bermula

Sistem pacuan elektrik eDrive Gen6
Walaupun spesifikasi penuh belum didedahkan, BMW mengesahkan bahawa model ini akan menggunakan sistem pacuan elektrik eDrive Gen6 yang menawarkan peningkatan ketara dalam pelbagai aspek berbanding generasi sebelumnya.
Antara kelebihannya termasuk kadar kehilangan tenaga yang 40% lebih rendah, pengurangan kos sebanyak 20% dan penurunan berat sebanyak 10%, kesemuanya menyumbang kepada peningkatan kecekapan keseluruhan kira-kira 20%.

Kilang Steyr BMW Group
Sistem eDrive Gen6 ini sedang dihasilkan di kilang BMW di Steyr, Austria, menjadikannya unit pacuan elektrik pertama yang dikilangkan di sana. Syarikat automotif Jerman itu telah melabur lebih 1 bilion euro (~RM4.885 bilion) untuk pembangunan dan pengeluaran sistem ini.
Komponen seperti rotor, stator, transmisi dan inverter akan dihasilkan di Steyr, manakala perumah (casing) motor elektrik akan dibentuk di kilang BMW di Landshut, Jerman.
Jarak Lebih Jauh, Cas Lebih Pantas


Dengan gabungan motor eDrive Gen6 dan platform 800 volt Neue Klasse, BMW menjangkakan iX3 baharu ini mampu menawarkan jarak sehingga 800 km mengikut piawaian WLTP. Selain itu, sistem pengecasan pantas DC 400 kW membolehkan kereta mencapai jarak perjalanan 350 km hanya dengan pengecasan selama 10 minit.
Model Mesra Alam

Dalam pembuatannya, BMW menekankan penggunaan bahan kitar semula, yang mana 33% daripada keseluruhan kenderaan diperbuat daripada bahan yang dikitar semula. Beberapa contoh termasuk upholsteri tempat duduk yang diperbuat daripada PET kitar semula, penutup enjin dan kotak simpanan yang 30% diperbuat daripada plastik marin seperti jaring ikan lama, tali dan sebagainya.




Sementara itu, rim dihasilkan dengan penggunaan 70% aluminium kitar semula, manakala pemegang roda dan komponen galas pusingan (swivel bearings) mengandungi 80% aluminium kitar semula.
Bateri iX3 juga mesra alam, terdiri daripada 50% kobalt, litium dan nikel yang diperoleh daripada sumber kitar semula. Malah, pengeluaran anod dan katod menggunakan tenaga boleh diperbaharui.
Secara keseluruhan, BMW mendakwa usaha ke arah kelestarian ini akan mengurangkan rantaian bekalan bagi pengeluaran iX3 baharu sebanyak 35%, sekaligus memastikan pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO₂) keseluruhan selepas setahun penggunaan atau 21,500 km perjalanan.
Konsep Lain yang Akan Dipamerkan di Munich


Selain iX3, BMW Group turut akan mempamerkan dua model konsep JCW baharu daripada jenama MINI dan konsep motosikal elektrik Vision CE oleh BMW Motorrad.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik
BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.
08-09-2025
BMW iX3 Final Edition Kini Di Malaysia – Lebih Eksklusif & Sporty, Dari RM299,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan bahawa model edisi istimewa BMW iX3 Final Edition kini ditawarkan di pasaran. Ini beberapa ciri unik pada model ini...
26-04-2024
10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!
Kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan bagi tahun 2022.
20-12-2022
Hadir Dengan Dua Varian, Inspiring dan Impressive
BMW Malaysia mengumumkan kehadiran BMW iX3 semalam.
25-10-2021
BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik
BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.
08-09-2025
Berita Terkini
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
