ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Chery-Tiggo-Cross-HEV-Ext-20.jpg

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025, lapor New Straits Times (NST). Chery kini mendahului BYD dengan pegangan pasaran sebanyak 7% berbanding pesaingnya itu yang menguasai hanya 5% pasaran negara, dedah data  Persatuan Automotif Malaysia (MAA). 


Strategi Jualan Yang Berkesan


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo7Pro-Ext-3.jpgCaricarz-MBA-Chery-Tiggo-Cross-HEV-Ext-6.jpg


Memetik laporan NST, perubahan kedudukan ini disumbangkan oleh strategi jualan yang yang berbeza yang mana BYD hanya tertumpu kepada kenderaan elektrik (EV), manakala Chery pula mencatatkan angka yang tinggi melalui penjualan model enjin pembakaran dalam (ICE)


Dominasi Honda & Toyota 


Caricarz-TA-2025-Honda-HR-V-Facelift-Launch-5.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-Corolla-GR-S_-4.jpg


Bagaimanapun, segmen bukan nasional masih kekal dikuasai oleh jenama automotif Jepun,  Honda dan Toyota, dengan Toyota kekal memegang 29% pasaran walaupun mengalami penurunan jualan sebanyak 6.3% tahun ke tahun (YoY). Honda pula mencatatkan penurunan YoY lebih ketara sebanyak 31% tetapi masih menunjukkan pertumbuhan 13% bagi jualan bulan Julai berbanding bulan sebelumnya.


‘Kejatuhan’ Mazda & Nissan?


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-10.jpg


Sebaliknya, Mazda merekodkan penurunan yang agak drastik dengan penguasaan pasaran jatuh daripada  2% kepada hanya 1% disebabkan kurang pelancaran model baru dan persaingan sengit yang diwujudkan oleh jenama-jenama China. Sementara itu Nissan pula, walaupun menunjukkan peningkatan jualan 84% bulan ke bulan (MoM) pada Jun 2025, jumlah kenderaan yang terjual hanya 260 unit sahaja. 


Jangkaan Permintaan 


Caricarz-MBA-Chery-Tiggo8-CSH-PHEV-MAS2025-16.jpg


Menurut firma penyelidikan MBSB Research, momentum jualan kenderaan dijangka kekal kukuh pada Ogos 2025 disebabkan stok yang lebih baik dan promosi bulan Merdeka yang ditawarkan pengeluar. Ramalan jumlah industri 2025 kekal pada sekitar 792,000 unit, sejajar dengan jangkaan MAA sebanyak 780,000 unit.

Sumber: NST

Baca: Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG6453

SELANGOR

BSR7134

JOHOR

JA5126J

PULAU PINANG

PSD9385

PERAK

APJ9590

PAHANG

CFH2063

KEDAH

KGH1744

NEGERI SEMBILAN

NEK9670

KOTA KINABALU

SJT1553

KUCHING

QAB2251P

Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Global

15-12-2025
Pandu Uji

09-12-2025
Berita Auto

08-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.