Dilancar: BYD Seal 2025, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM171K

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, BYD Sime Motors akhirnya melancakan secara rasminya, BYD SEAL 2025 di pasaran tempatan, sebentar tadi.

Ia hadir dalam dua varian iaitu Premium RM171,800 manakala Performance pula, RM191,800.
Apa yang menarik, 300 pelanggan terawal akan menikmati pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM10,888, termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis serta rebat pelancaran istimewa.
Bagi yang ingin tahu mengenai BYD Seal 2025, ia hadir dengan reka bentuk yang cukup menawan manakala bahagian kabin pula menawarkan pelbagai ciri moden dan menarik.


Mana tidaknya, BYD Seal 2025 ini sebenarnya menerima beberapa penambaikan dari segi reka bentuk termasuk menawarkan pelbagai ciri menarik.
Antaranya ialah tirai suria kuasa elektrik untuk bumbung matahari panoramik, akses tanpa kunci (NFC BYD dan Kunci Bluetooth), pemegang kaca mata serta diserlahkan lagi melalui rim aloi 19-inci baharu.
Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 15.6 inci dan boleh berputar. Hadir dengan sokongan CarPlay serta Android Auto. Tidak Ketinggalan, ia juga hadir dengan 12 speaker Dynaudio, ada arahan suara, lampu ambien, kerusi berventilasi, pengecas wayerles dan banyak lagi


Dari segi dimensi, ia berukuran berukuran 4,800mm X 1,875mm X 1,460mm, jarak roda pada 2,920mm.

Untuk makluman anda, varian Premium (RWD) dikuasakan motor elektrik dimana ia mampu kuasa setakat 308hp dan tork 360Nm .
Untuk itu, ia mampu memecut dari dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam masa 5.9 saat. Ia yang disumbat dengan bateri berkapasiti 82.5kWh mampu melakukan perjalanan sejauh 570 kilometer mengikut kitaran WLTP,


Bagi varian Performance (AWD)pula, ia yang menggunakan bateri 82.5kW mampu memghasilkan kuasa setakat 523hp dan 670Nm tork.Bagaimanapun, ia hanya boleh bergerak sejauh 520 kilometer (WLTP), tetapi ia boleh berdesup dari 0 ke 100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.8 saat.
Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas sehingga 150kW, mengambil masa tempoh 37 minit bagi pengecasan dari 10-80%.


Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan pelbagai ciri termasuk sistem kamera resolusi tinggi 360 darjah, sistem bantuan pemanduan tercanggih (ADAS) terdiri daripada Amaran Pelanggaran Berdepan, Brek Kecemasan Automatik dan banyak lagi.


Bagi yang berminat, warna, BYD SEAL 2025 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Aurora White, Altantis Grey, Cosmos Black dan Shark Grey (baharu).
Untuk keterangan lanjut, layari https://byd.simemotors.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT6893
SELANGOR
BSP1875
JOHOR
JYU6760
PULAU PINANG
PSB3850
PERAK
APG5951
PAHANG
CFG1945
KEDAH
KGF2939
NEGERI SEMBILAN
NEK1140
KOTA KINABALU
SJR3575
KUCHING
QAB5431N
Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat