ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

Kedua-dua model ini dijadualkan akan membuat kemunculan buat pertama kalinya  di Desa ParkCity, Kuala Lumpur bermula dari 21 hingga 24 Ogos.

Untuk pengetahuan anda, walaupun dikelaskan sebagai SUV segmen-B, J5 tampil dengan reka bentuk dan ciri premium sekali gus   mengatasi kedudukannya itu.

image.pngimage.png

Model ini hadir dengan pelbagai ciri menarik  termasuk skrin sesentuh potret sebesar 13.2 inci, bumbung suria panoramik, kerusi berkuasa, dan ruang but seluas 480 liter.

Untuk pasaran Malaysia, J5 dijangka hadir dengan rangkaian kuasa 1.6-liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  194 hp  dan tork 290 Nm. Ia digandingkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.

Trenkuasa ini sebenarnya turut digunakan pada Jaecoo J7, namun kini ia hadir dalam model yang lebih kompak.

Difahamkan, J5 akan bersaing secara langsung dengan Proton X50 serta dengan Chery Omoda 5.

Sementara itu, Omoda 5 pula menampilkan rekaan lebih sporty dan berinspirasikan coupe, manakala J5 meneruskan gaya SUV yang tegap dan berkotak seperti pada J7 sekali gus mampu menarik minat pembeli dengan citarasa berbeza.

Omoda C9 PHEV pula dijangka menjadi model flagship elektrik bagi jenama ini. Ia berasaskan versi petrol yang sudah pun dijual di Malaysia, dimana ia ditawarkan dalam dua varian  iaitu 2WD pada harga RM168,800 dan AWD pada RM188,800.

Kedua-dua varian ICE ini dilengkapi dengan  enjin 2.0-liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa berkuasa setakat 261 hp . 

image.pngimage.png

Versi PHEV pula melangkah lebih jauh kerana disumbat dengan  enjin 1.5-liter turbo dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa setakat  610hp dan 920 Nm.

Dengan bateri LFP 34.46 kWh dari CATL, C9 PHEV mendakwa mampu mencapai jarak EV sehingga 150 kilometer (km), manakala jumlah jarak pemanduan gabungan  pula adalah 1,100 kilometer dan kadar penggunaan 6.9 L/100 KM. Ia juga menyokong pengecasan DC 70 kW dan AC 6.6 kW.

Ini menjadikan C9 PHEV bukan sahaja sebagai model paling cemerlang dalam barisan Omoda Malaysia, tetapi juga antara PHEV paling berkuasa dan jarak paling jauh dalam kelasnya.  

Selaras dengan arah tuju global Kumpulan Chery, jenama Omoda dan Jaecoo kini beroperasi sebagai satu entiti di Malaysia.

Penyatuan ini sudah mula dilihat melalui penjenamaan bilik pameran, kempen pemasaran, dan strategi model yang dikongsi bersama.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-09-2024
Berita Auto
Global

23-04-2024
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

15-03-2024
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.