SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800

Jaecoo telah melancarkan model pertama untuk pasaran Malaysia, sebuah SUV premium lasak berkemampuan off-road, Jaecoo J7. Model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM138,800, atas jalan, tidak termasuk insurans.
TRENKUASA & PRESTASI JAECOO J7
-full.jpg)
Dibangunkan berdasarkan platform sama seperti Chery Omoda 5, Jaecoo J7 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 194 hp (145 kW) dan 290 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan. Model ini dikatakan mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa sepantas 8 saat.
Trenkuasa tersebut digunakan pada kedua-dua varian yang ditawarkan di pasaran Malaysia, namun varian asas menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dan varian tinggi, menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD).


CariCarz berpeluang untuk pandu uji Jaecoo J7 di trek off-road yang mencabar, M4TREC pada April lalu.
Kemampuan off-road model ini dibantu oleh rekaannya yang diberikan kelebihan kelegaan tanah sekitar 200 mm. Ini membolehkannya menempuhi air berkedalaman 600 mm. Sudut sua (approach) dan sudut lepas (departure) masing-masing ialah 21 dan 29 darjah.


Selain itu, Jaecoo J7 didatangkan dengan sistem 4WD pintar dan tujuh mod permukaan bentuk bumi untuk tetapan pemanduan yang lebih tepat demi keselesaan dan kemudahan pengendalian yang maksimum.
Jaecoo Malaysia turut menyatakan bahawa kapasiti tundaan maksimum J7 mencecah 1,300 kg, sementara kapasiti beban bumbung pula sehingga 75 kg.
REKA BENTUK JAECOO J7

-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Dari segi dimensi, Jaecoo J7 berukuran 4,500 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak roda pada 2,650 mm. Dari segi rekaan, secara keseluruhannya model ini menerima sentuhan minimalis dan sporty, dengan garis badan yang minimal. Antara yang menyerlah pada model ini ialah sudut hadapan yang kelihatan gagah dengan gril besar, lampu depan LED dengan piksel lampu bercorak dam, lampu nyalaan siang jenis LED, pemegang pintu terbenam dan rim aloi 19 inci dua tona ‘Aurora-inspired.'

Model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green.
KABIN JAECOO J7
JAECOO J7 menampilkan cip berprestasi tinggi 8155, skrin bersaiz 14.8 inci, pad pengecas tanpa wayar 50W, sistem audio premium SONY, dan pelbagai ciri keselesaan pintar lain untuk menyediakan pengalaman pemandu yang lebih interaktif, mudah, dan menyeluruh dari segi hiburan.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Kelengkapan lain ialah kamera pandangan 540 darjah, kemasan aluminium, pendingin hawa dua zon, lampu ambien 64 warna dan bumbung panoramik.
Model ini turut hadir dengan teknologi seperti cermin hadapan akustik berlamina dan karpet khas dengan pad peredam, kadar NVH (Noise, Vibration, and Harshness) J7 hanyalah serendah 37.6 dB.
Jaecoo J7 juga cukup praktikal kerana menyediakan ruang kargo yang luas dengan kapasiti 416 liter atau 1,335 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat. Bukaan but ini juga boleh dibuat secara automatik.
CIRI KESELAMATAN JAECOO J7

Dari segi keselamatan, JAECOO memastikan kesemua modelnya mematuhi piawai keselamatan lima bintang global dengan mengintegrasikan badan kerangka yang menyerap tenaga, keluli kekuatan tinggi dan sistem ADAS canggih.
Jaecoo J7 hadir dengan pakej keselamatan ADAS 2.5, yang termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran, amaran keluar lorong. sistem pengelak pintar dan sebagainya.

Selain itu, J7 turut dilengkapi dengan sistem perkakaran pintar "1+2+1": satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM), dan satu radar gelombang milimeter jarak jauh (FRM). Integrasi perkakasan dan perisian memandu pintar yang canggih meningkatkan hampir 21 fungsi pemanduan pintar, memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyenangkan bagi pengguna.
Tidak cukup dengan itu, struktur badan J7 diberikan reka bentuk khas inovatif yang efektif dalam penyerapan hentakan.
HARGA JUALAN JAECOO J7

Pelancaran kilang pemasangan Chery pada Jun lalu, operasi kilang ini dimulakan dengan pemasangan Jaecoo J7.
Dipasang di dalam negara (CKD) di kilang yang terletak di Shah Alam, Jaecoo J7 ditawarkan di pasaran pada harga yang kompetitif, bermula daripada RM138,800 untuk varian FWD hingga RM148,800 untuk varian yang lebih tinggi, AWD. Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km. Untuk tempahan sehingga 21 Julai ini, pelanggan boleh mendapatkan pakej perlindungan istimewa iaitu waranti enjin selama 10 tahun atau sehingga 1,000,000 km. Jaecoo juga mengumumkan kerjasama dengan enam syarikat insurans di bawah Program Perlindungan Perdana Jaecoo (J-PPP).
Baca: Chery Malaysia Rasmi Kilang Di Shah Alam, Pengeluaran SUV Off-Road Jaecoo J7 Bermula
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPX8534
SELANGOR
BSJ8531
JOHOR
JYK5074
PULAU PINANG
PRV4113
PERAK
APC2817
PAHANG
CFD9568
KEDAH
KGC8290
NEGERI SEMBILAN
NEH5136
KOTA KINABALU
SJN5154
KUCHING
QAB4681M
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Berkaitan
Jaecoo E5 Masuk UK, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?
Jaecoo mengesahkan bahawa Jaecoo E5 akan mula dihantar ke United Kingdom (UK) bermula Oktober ini.
15-08-2025
Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.
06-08-2025
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras
Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.
13-06-2025
Chery Mula Eksport Jaecoo, Jenama Pertama Syarikat China Eksport Kereta Dari M'sia
Penghantaran eksport kumpulan pertama Jaecoo dibuat ke Vietnam,baru-baru ini.
18-02-2025
Kurang Setahun Di Malaysia, Lebih 7,000 Unit Jaecoo J7 Didaftarkan Tahun Lalu
Belum genap setahun beroperasi di Malaysia, jenama automotif premium di bawah Chery, Jaecoo, telah menunjukkan pencapaian yang luas biasa setelah mendafarkan sebanyak 7,041 unit SUV Jaecoo J7.
13-01-2025
Pendaftaran Minat Jaecoo J7 PHEV Kini Dibuka – Cecah 1,200 KM, Lancar Suku Keempat 2024?
Chery Auto Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasmi rancangannya untuk memperkenalkan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV).
16-10-2024
Lagi Model baharu Chery, Exeed
Exlantix ET bakal memulakan pra-jualan pada 15 April ini di China.
21-03-2024
Berita Terkini
EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800
Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
30-10-2025
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000
iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.
29-10-2025
GAC M8 PHEV Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 1,038 KM, Dari RM328,800
Segmen MPV mewah di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan rasmi GAC M8 PHEV.
27-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian
smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka
21-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
































