Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan imej penuh SUV kompak segmen-B ini, tetapi hanya memuat naik siluet kenderaan tersebut dalam bentuk samar. Hanya terpancar kedua-dua lampu depan dan logo Suzuki.

Walaupun berasal daripada pembangunan bajet oleh rakan kongsi Suzuki dari Jepun yang berpangkalan di India, iaitu Maruti Suzuki, Fronx sebenarnya tidak menjanjikan rupa mahupun harga ‘murah’.
untuk makluman anda, model ini sudah pun diperkenalkan di Indonesia di mana ia turut dipasang secara tempatan (CKD).

Di negara tersebut, Suzuki Fronx ditawarkan dalam tiga varian utama – GL, GX dan SGX – dengan dua pilihan rangkaian kuasa termasuk versi mild-hybrid (MHEV) bagi varian GX dan SGX. Semua varian ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.


Enjin petrol MHEV 1.5 liter 4-silinder ini dipadankan dengan bateri lithium-ion 12-volt dan generator pemula bersepadu (ISG), dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 101 PS dan 135 NM.
Varian asas GL pula menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder tanpa elektrifikasi, dengan kuasa 105 PS dan tork 138 NM.
Dari segi saiz, Suzuki Fronx berukuran 3,995 Mmm panjang, 2,520 mm jarak roda, 1,765 mm lebar dan 1,550 mm tinggi. Sebagai perbandingan, saiznya hampir setara dengan Perodua Ativa, serta Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross yang baru dilancarkan.

Melihat luaran Fronx dari Indonesia, model ini dilihat dilengkapi dengan lampu utama LED sepenuhnya dan DRL, kawalan iklim automatik, penukar gear paddle-shifter, pad pengecas tanpa wayar, serta pelbagai ciri ADAS termasuk kamera parkir dan pandangan 360 darjah.
Walaupun kita sekurang-kurangnya tahu apa yang boleh dijangkakan dari segi kelengkapan dan ciri, namun apa yang belum pasti adalaha adakah Naza Eastern Motors akan membawa masuk Suzuki Fronx secara import sepenuhnya (CBU) atau dipasang secara tempatan (CKD).
Memandangkan syarikat induk Naza Auto tidak lagi memiliki atau mengendalikan kilang pemasangan, maka, kita mungkin akan menerima versi import sepenuhnya dari Indonesia.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, bilakah ia akan dilancarkan? Jawapannya masih belum diketahui.
Namun, memandangkan teaser telah dimuat naik sekarang, kemungkinan besar Suzuki Fronx akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini.
Harga pula masih menjadi tanda tanya. Sebagai rujukan, Honda WR-V dijual pada harga RM89,900, manakala Chery Tiggo Cross pula berharga RM88,800 (1.5 Turbo) dan RM99,800 (1.5 Hybrid).
Sementara itu, Perodua Ativa ditawarkan pada harga antara RM62,500 (X) hingga RM73,400 (AV, dua tona).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge