Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran warna tema dalaman baharu, Phantom Black, yang diserlahkan dengan kemasan perak dan penggunaan bahan sentuhan lembut pada beberapa sudut kabin.



Warna kabin baharu yang lebih sporty, Phantom Black, kini ditawarkan.


Warna kabin yang ditawarkan sebelum ini.
Model ini dilancarkan secara rasmi pada 9 Oktober 2024 dalam satu varian tunggal yang dipasang secara tempatan (CKD) pada harga RM139,800.
Termasuk dalam harga tersebut ialah jaminan standard selama 7 tahun atau 200,000 km. Jaminan sistem hibrid pula kini ditambah kepada 10 tahun atau 1 juta km (sebelum ini, 8 tahun atau 1 juta km) diumumkan GWM Malaysia pada 3 Julai 2025 lalu, eksklusif untuk pemilik pertama dan secara automatik kepada pemilik sedia ada.
Pembeli juga kini dapat menikmati penjimatan bernilai RM6,600 untuk tempahan yang dibuat bermula hari ini.
Ciri Mekanikal Haval H6 HEV
Haval H6 HEV menggabungkan enjin petrol 1.5 liter turbo empat silinder berkuasa 150 ps dan tork 230 Nm yang dipadankan dengan motor elektrik yang memberikan kuasa tambahan 130 ps dan 300 Nm, serta bateri hibrid berkapasiti 1.6 kWj.


Gabungan sistem kuasa ini memberikan output keseluruhan sebanyak 243 ps dan 530 Nm, menjadikan H6 HEV antara SUV segmen C paling berkuasa di pasaran tempatan.
Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi hibrid khas (DHT) dua kelajuan, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 175 km/j.
Dengan kadar penggunaan bahan api serendah 5.8 liter per 100 km, Haval H6 HEV secara rasmi diiktiraf dalam Rekod ASEAN sebagai model hibrid paling cekap bahan api kerana berjaya mencatatkan jarak perjalanan lebih 1,000 km dengan hanya satu tangki penuh.
Baca: Haval H6 HEV Catat Perjalanan 1,242 KM Dengan Satu Tangki Penuh
Rekaan Haval H6 HEV

Dari segi rekaan, Haval H6 tampil menyerlah dengan gril bercorak ‘Star Matrix’ yang unik. Di bahagian atas gril ini terdapat jalur krom halus yang menghubungkan dua lampu hadapan. Bergerak ke bahagian tepi, Haval H6 dipasangkan dengan rim berukuran 19 inci berwarna hitam yang ranggi.




Pada sudut belakang pula, kelebaran kereta terserlah dengan lampu yang halus melintang penuh dari kiri ke kanan. Dari sini juga dapat dilihat rekaan lampu brek ketiga yang unik.
Untuk ruang but, cukup luas dengan kapasiti sebanyak 560 liter dan boleh diperluas sehingga 1485 liter dengan kerusi belakang dilipat rata.
H6 HEV ditawarkan dalam lima pilihan warna badan yang menarik iaitu Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Sun Black dan Hamilton White.
Kecanggihan & Kelengkapan Kabin Haval H6 HEV

SUV hibrid ini dilengkapi skrin infotainmen 12.3 inci yang boleh disambungkan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen digital 10.25 inci dan papar pandu(HUD).
Tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara automatik kepada lapan arah dengan fungsi pengudaraan. Ciri menarik lain ialah bumbung panoramik, sistem audio lapan pembesar suara dan pengecas tanpa wayar.
Keselamatan & Teknologi Bantuan Pemandu
Dari segi keselamatan, Haval H6 HEV hadir dengan teknologi pemanduan separa autonomi tahap 2 dengan fungsi ADAS yang komprehensif seperti Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Pengecaman Papan Tanda Trafik, Bantuan Tukar Lorong dengan Pengesanan Titik Buta dan banyak lagi.
Ciri penting lain yang disediakan adalah seperti sistem kamera 360 darjah, enam beg udara dan bantuan undur automatik.

Baca: GWM Lanjut Waranti Bateri Sistem Hibrid Haval H6 HEV Kepada 10 Tahun
Baca: GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7153
SELANGOR
BSQ8569
JOHOR
JYY7995
PULAU PINANG
PSD1469
PERAK
APJ2665
PAHANG
CFG7945
KEDAH
KGG5324
NEGERI SEMBILAN
NEK6692
KOTA KINABALU
SJS4385
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki
SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.
31-03-2026
GWM Haval H6 HEV
Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.
13-03-2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
