ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jaecoo E5 Masuk UK, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Jaecoo  mengesahkan bahawa Jaecoo E5 akan mula dihantar ke United Kingdom (UK) bermula Oktober ini. 

Menurut Autocar UK, SUV EV ini dijual pada harga bermula £27,505 (RM156,782), sekali gus menjadikannya  kenderaan elektrik (EV) yang pertama dibawa masuk pengeluar automotif China ke UK.

Ia yang dikenali sebagai J5 EV, pada asasnya ialah versi kenderaan elektrik bateri (BEV) kepada Jaecoo J5, yang dipromosikan sebagai SUV crossover segmen-B jenama tersebut. 

image.png

Versi spesifikasi UK Jaecoo E5 dilengkapi dengan pek bateri jenis LFP berkapasiti 61.1 kWh yang memberikan jarak perjalanan EV sehingga 400 km mengikut piawaian WLTC.

Dari segi pengecasan, Jaecoo E5 menyokong pengecasan pantas arus terus (DCFC) sehingga 80 kW, membolehkan pek bateri LFP dicas daripada 30% hingga 80% dalam kira-kira 27 minit. 

Seperti BEV  lain, E5 juga menyokong keupayaan Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan baterinya digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peranti luaran.

Dari segi trenkuasa, Jaecoo E5 menggunakan konfigurasi motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (FWD) dengan kuasa 204 hp dan tork 287 Nm, membolehkan ia memecut 0–100 km/j dalam 7.7 saat.

image.pngimage.png

Menjengah luarannya,  Jaecoo E5 mengekalkan bentuk badan SUV berkotak seperti versi petrolnya, dengan elemen reka bentuk yang diinspirasikan daripada jenama SUV bekas British Leyland. 

Sebagai BEV, E5 mendapat sedikit perubahan reka bentuk berbanding J5, termasuk bahagian hadapan tanpa gril yang dikatakan Jaecoo dapat meningkatkan prestasi aerodinamik, rim aloi 18 inci dengan reka bentuk jejari lebih tertutup, dan banyak lagi.

Dari segi dimensi, E5 berukuran 4,380 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan mempunyai jarak roda 2,620 mm, setanding dengan SUV elektrik segmen-B lain seperti BYD Atto 2, Kia EV3, dan ‘sepupunya’ dari Chery, Omoda E5.

image.png

Untuk makluman, kabinnya agak sama dengan J5, di mana E5 dilengkapi skrin infotainmen menegak bersaiz 13.2 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar sebagai standard. 

Antara ciri lain ialah terdapat termasuk pencahayaan ambien pelbagai warna, stereng pelbagai fungsi dua jejari, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi pengudaraan dan pemanas, bumbung suria panoramik, sistem kamera pandangan 540 darjah, dan banyak lagi.

image.png

Walaupun bersaiz kompak, Jaecoo E5 menawarkan tahap praktikaliti yang baik. Ruang butnya berkapasiti 480 liter sebagai standard, boleh dibesarkan kepada 1,180 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan namun, disebabkan konfigurasi FWD, tiada ruang frunk disediakan untuk SUV EV ini.

Seperti yang dinyatakan, penghantaran Jaecoo E5 EV untuk pasaran UK akan bermula pada bulan Oktober ini, dan setiap unit didatangkan dengan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 100,000 batu (kira-kira 160,000 km).

image.png

Lebih dekat dengan pasaran tempatan, Omoda & Jaecoo Malaysia baru-baru ini ada mengeluarkan teaser bagi Jaecoo J5 yang bakal tiba, di mana SUV segmen-B ini akan membuat penampilan sulung awam di Malaysia pada akhir bulan ini.

Adakah Jaecoo E5 juga akan dilancarkan di sini, nantikan pengumuman rasmi pihak syarikat!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-09-2024
Berita Auto
Global

23-04-2024
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

15-03-2024
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.