Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10
,-with-Isaac-Yeo,-Stellantis-ASEAN-Managing-Director-(2nd-from-right),-today-at-the-'Majlis-Penyerahan-Kenderaan-EV-Kepada-Kementerian-Pengangkutan'-full_normal.jpg)
Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.
Majlis simbolik itu penyerahan yang berlangsung sempena program “Majlis Penyerahan Kenderaan EV Kepada Kementerian Pengangkutan” yang menekankan visi bersama antara agenda elektrifikasi Leapmotor dan komitmen berterusan kerajaan terhadap mobiliti lestari.
-YB-Anthony-Loke,-Minister-of-Transport-Malaysia-and-Adzrai-Aziz,-Vehicle-Chief-Engineer,-ASEAN-&-General-Distribution,-Stellantis-at-the-'Majlis-Penyerahan-Kenderaan-EV-Kepada-Kementerian-Pengangkutan'-full_normal.jpg)
Hasil kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memajukan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) Malaysia 2021–2030, yang menggariskan strategi negara untuk mengurangkan karbon dalam sektor pengangkutan darat.
Jadi, menerusi pengenalan Leapmotor C10 di bawah program ujian dan penilaian operasi selama tiga bulan, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan dapat menilai prestasi, praktikaliti dan tahap kesediaan kenderaan elektrik (EV) serta hibrid dalam landskap pengangkutan Malaysia.

-full_normal.jpg)
Difahamkan, hasil penilaian ini akan menyumbang pandangan berharga kepada perancangan infrastruktur EV negara dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan EV yang lebih meluas di sektor awam dan swasta.
Untuk makluman, Leapmotor C10 yang dijual pada harga RM125,000 beberapa penambahaikan.
Antaranya, ruang simpanan baharu 'frunk' ditambah kepada 32 liter, ada penutup but tonneau dimana ia memberikan keselamatan tambahan untuk kargo.
Apa yang cukup penting ialah, kelajuan pengecasan AC telah dipertingkatkan dengan pengecas atas papan (OBC) baharu, kini berkuasa 11 kW (berbanding 6.6 kW sebelum ini).


Malah, peningkatan kadar cas ini membolehkan kenderaan kini dicas dari 30% hingga 80% hanya dalam empat jam. Sebelum ini, ia memakan masa sehingga enam jam.
Untuk keselamatan dan kemudahan tambahan, C10 kini turut dilengkapi Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang membolehkan pemantauan tayar secara masa nyata dan memberi amaran kepada pemandu tentang sebarang ketidakseimbangan tekanan.
Ia juga kini hadir dengan pam inflator tayar bermotor.

Menjengah bahagian kabinnya, nilai estetika ditingkatkan dengan begitu baik.Warna dalaman Midnight Aurora telah digantikan dengan pilihan Hitam untuk varian Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.leapmotor-international.com.my/
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.
09-01-2026
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025
Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.
16-12-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K
Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.
17-11-2025
Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.
09-10-2025
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

