- Berita
- Berita Auto
- Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini
Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ada berita baik untuk rakyat Malaysia!
Ini kerana Projek Kajian Kebolehlaksanaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)–Hubungan Selatan sepanjang kira-kira 230 kilometer dari Banting, Selangor ke Gelang Patah Johor dijangka siap pada 16 Disember ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Difahamkan projek itu ialah inisiatif strategik untuk menyediakan laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.
laluan berkenaan menghubungkan empat negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta membabitkan 11 daerah dan 14 pihak berkuasa tempatan.

"Kajian ini dijadualkan berlangsung dari Jun hingga Disember 2025 dengan laporan akhir dan model trafik dijangka siap pada 16 Disember 2025. Sebanyak tiga sesi Focus Group Discussion (FGD) turut akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.
"Antara daerah yang terlibat di Johor ialah Batu Pahat, Johor Bahru, Muar, Pontian dan Tangkak, menjadikan projek ini sebagai pemangkin kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi serantau," katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Tambah beliau, projek itu dijangka memberikan pelbagai manfaat termasuk pengurangan kesesakan trafik di laluan utama, penjimatan masa perjalanan dan memperkukuh rangkaian logistik serta pelaburan.
"Menjelang 2030, sebanyak 26 peratus trafik dijangka beralih ke laluan baharu ini, sekali gus menjadikan WCE Selatan sebagai satu penyelesaian jangka panjang kepada cabaran mobiliti di wilayah selatan tanah air. Semoga segala urusan kemajuan pembangunan di Johor dipermudah," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


