Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

Selepas satu teaser yang disiarkan di media sosial, BYD Cars Malaysia akhirnya mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.
Pengumuman yang dibuat ini akhirnya menjawab persoalan yang timbul sejak teaser tersebut dimuat naik, dengan laporan awal menyebut model baharu itu mungkin ialah BYD Seal 5 DM-i plug-in hybrid (PHEV) sedan, yang baru sahaja dilancarkan di Thailand awal bulan ini.
BYD Seal 2025 yang menggunakan spesifikasi Singapura , hadir dalam tiga varian di negara terbabit. Varian Dynamic menggunakan motor belakang (RWD) dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 136 PS dan 310 Nm, serta dipadankan dengan pek bateri 61.44 kWh LFP yang menawarkan jarak sehingga 460 km mengikut standard WLTP.

Sementara itu, varian Premium menggunakan motor tunggal RWD lebih bertenaga dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 313 PS dan 360 Nm.Ia dipadankan dengan pek bateri lebih besar 82.56 kWh, yang membolehkan jarak sehingga 570 km WLTP.
Varian tertinggi pula ialah Performance AWD dwi-motor, yang menawarkan kuasa 530 PS dan 670 Nm, dimana ia menggunakan bateri 82.56 kWh sama seperti Premium, namun dengan jarak gerak hanyalah 520 km WLTP.
Berbeza dengan model spesifikasi China, Seal terkini di Singapura masih mengekalkan prestasi pengecasan sama seperti sebelumnya.
Pengecasan AC dihadkan pada 7 kW untuk semua varian, manakala pengecasan DC mencapai 150 kW untuk Premium dan Performance, serta 110 kW untuk Dynamic.
Difahamkan BYD Seal yang dipasarkan di Singapura tidak hadir dengan u LiDAR yang dipasang di bumbung dan lencana merah BYD. Walaupun tanpa LiDAR, Seal terkini masih dilengkapi dengan pelbagai fungsi ADAS, termasuk pengesan titik buta, amaran lintasan depan, belakang amaran pelanggaran depan dan banyak lagi.

BYD Seal Singapura juga hadir dengan ruang simpanan depan (frunk) sebesar 53 liter, rekaan rim aloi baharu, serta sistem penyerap hentakan adaptif DiSus-C, yang sama seperti digunakan pada Denza D9 AWD. Selain itu, model Singapura turut menerima warna baharu Shark Grey, selain pilihan sedia ada Atlantis Grey, Aurora White, dan Cosmos Black.

Apapun, kita tunggu pelancaran BYD Seal 2025 untuk pasaran tempatan, esok.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA6489
SELANGOR
BSV3240
JOHOR
JH8516J
PULAU PINANG
PSH5793
PERAK
APN2496
PAHANG
CFJ4759
KEDAH
KGJ9390
NEGERI SEMBILAN
NEM6737
KOTA KINABALU
SJV3129
KUCHING
QAB867Q
Terakhir Kemas Kini 24 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia
Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.
30-10-2025
BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu
Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.
07-10-2025
BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000
Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.
26-09-2025
BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.
13-08-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800
Sime Darby Beyond Auto baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic. Ini spesifikasinya.
06-09-2024
Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je
BYD Seal Dynamic dikatakan adalah model EV paling murah.
03-09-2024
Berita Terkini
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?
Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km
19-11-2026
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge