ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Suhana Veru

27-1-2025

Kongsi melalui

image.png

Sejak membuat penampilan pertamanya di Malaysia pada Februari tahun lalu, model BYD Seal menerima kritikan dan ada juga yang memuji kereta salun EV bersaiz sederhana ini kerana berjaya memberi keseimbangan antara kepraktisan dan sporty.

Ini kerana varian BYD Seal Performance dilengkapi dengan persediaan pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang lebih bertenaga serta menjanjikan pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Jadi bagi menguji fakta ini, BYD Malaysia (Sime Motors) ada menganjurkan sesi pandu uji  BYD Seal Performance untuk media di Litar Antarabangsa Petronas Sepang  baru-baru ini.

Pandu uji ini bukan sekadar melibatkan jalan biasa tetapi melibatkan aksi Gymkhana bagi menguji keupayaan sebenar jentera ini.

Jadi, ini fakta ringkas yang kami  dapat tahu mengenai BYD Seal Performance:

BYD SEAL PERFORMANCE:

image.pngimage.png

Sedikit mengenai latar belakang tentang jentera  yang telah kami uji. Untuk makluman jentera ini yang disumbat dengan motor berkembar mampu menghamburkan kuasa setakat 530 hp dan tork 670 Nm.

Sementara itu, ia menawarkan agihan bebanan gandar depan dan belakang 50:50  bagi menjamin pengalaman pemanduan yang seimbang.

image.png

Disebabkan pemanduannya yang cukup dinamik, ia mampu memberikan prestasi pengendalian cemerlang, hasil daripada agihan bebanan 50:50 antara gandar hadapan dan belakang.

Ia turut dilengkapi dengan kawalan adaptasi  tork pintar iTAC bagi memastikan prestasi yang optimum dalam pemanduan yang berubah.

image.pngimage.png

Difahamkan, kombinasi teknologi blade bateri dan binaan CTB bukan sahaja meningkatkan kestabilan kenderaan tetapi menambah baik profil keselamatannya.

Turut menyumbang kepada ini ialah casis e-Platform 3.0 yang disokong oleh Seal, di mana BYD mendakwa struktur bateri CTB memberikan ketegaran kilasan yang tinggi.

Sebelum terlupa,  ia didatangkan dengan  sistem suspensi menggunakan tetapan Double Wishbone pada roda depan dan Multi-Link pada roda belakang.

Dari segi bateri depan, ia disumbat dengan bateri berkapasiti 82.56-kWh dimana bateri yang sama digunakan pada varian Premium long range.

Dengan adanya motor berkembar, Seal Performance ini dikatakan mampu bergerak sejauh 580 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.pngimage.pngimage.png

Selain menyentuh mengenai prestasinya, , Seal Performance juga dikatakan cukup sarat dengan pelabagai ciri canggih. Ini kerana ia hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 15.6 inci jenis boleh pusing serta menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Malah, terdapat juga instrumen digital 10.25 inci dengan papar pandu (HUD), tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, sistem penghawa dingin, ada port USB dan Dynaudio 12 pembesar speaker dan banyak lagi.

PANDU UJI:

Sesi pandu uji kami bermula dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya.

Kami kemudian melakukan pertukaran pemandu sebelum tiba di Sepang untuk demonstrasi drift, dan disusuli aktiviti pemanduan gymkhana.

Sepanjang perjalanan, kami menelusuri  laluan bandar, lebuh raya SUKE dan kemudian kawasan berbukit sehinggalah kami kembali semula ke Bamboo Hills.

Bagi pemanduan yang pertama, kami dapat merasai pemanduan harian di atas laluan lebuh raya  dan  mendaki bukit. Dalam situasi ini, prestasi i Seal dilihat terasa cukup mantap, terutamanya apabila anda memandunya dalam had laju lebuh raya.

Bagaimanapun, ketika meredah  di atas jalan raya yang lurus, jentera ini menawarkan pemanduan yang cukup lancar  sekali gus membuktikan ia cukup sesuai untuk pemanduan harian tetapi bukannya digunakan untuk memecut laju macam kereta sports.

image.pngimage.png

Selain membenarkan kami menguji keupayaan Seal Performance di lebuh raya dan jalan berliku, BYD Malaysia juga mempamerkan keupayaan sebenar EV mereka di litar tertutup.

Dari sini, pemandu Drift yang terkenal Ee Yoong Cherng, juga diberi peluang untuk melenjan Seal Performance dengan menguji tayar Continental EcoContact 6Q. 

image.pngimage.png

Untuk makluman, acara ini turut disokong Continental Tyres Malaysia.

image.pngimage.png

Pihak BYD juga dilihat telah mengambil kesempatan untuk menyerlahkan keupayaan kenderaan untuk memuatkan (V2L) Seal dengan mengubah  EV mereka menjadi kedai kopi mudah alih. 

Perkara ini berjaya dibuktikan apabila  Seal mampu menyalurkan kuasa dari kereta  untuk menghidupkan barangan elektrik sekali gus  menjadikannya ia adalah teman yang ideal untuk melakukan penggembaraan bersama keluarga.

image.pngimage.png

Bagi sesi akhir pemanduan, kami semua telah dijemput ke cabaran khas Gymkhana, di mana kami perlu menguji keupayaan sebenar Seal Performance sebagai kereta sports untuk meredah beberapa halangan seperti pemanduan jalan bengkang bengkok dengan meletakkan kon di tengah-tengah laluan,  selekoh, ujian brek kecemasan dan banyak lagi. .

Di sinilah Prestasi BYD Seal menunjukkan taring sebenar , kerana walaupun seberat dua tan, EV ini masih mampu mengharungi semua halangan dengan sempurna.

KESIMPULAN:

image.png

Pada hemat kami,  BYD Seal Performance AWD adalah sebuah kereta EV yang serba boleh dan mampu menawarkan pemanduan dengan cukup baik walaupun di jalan raya biasa mahupun laluan yang mencabar.

Namun tidak dinafikan ada juga masa yang membuatkan perjalanan tidak selesa namun yang penting anda tidak boleh melenjannya macam kereta sports.

Pendek kata, BYD Seal boleh masih menjadi teman harian  untuk anda berulang alik ke tempat kerja, menggunakannya untuk urusan harian termasuk untuk perjalanan jauhh.

Dengan ruang kabin yang besar, ia sebenarnya sudah memadai  untuk memastikan kelima-lima penumpangnya yang menaikinya memang selesa.

image.png

Bagi yang berminat, BYD Seal didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD dimana  Premium dijual pada harga RM179,800 manakala BYD Seal Performance: RM199, 800.

BYD turut menawarkan waranti  kenderaan 6 tahun/150,00km, ada waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km, waranti unit pemacu  untuk 8 tahun/150,000km.


SPESIFIKASI

BYD SEAL PERFORMANCE AWD 

MOTOR

2x e-motor

TRENKUASA

Single-ratio, all-wheel drive (AWD)

KUASA

530 HP (390 kW)

TORK

670 NM

0-100 KM/J

3.8 saat

KELAJUAN MAKS

-

BATERI & PENGECASAN

Battery:
82.56-kWh BYD ‘Blade’ LFP

Charging:
AC @ 7 kW
DC @ 150 kW

JARAK

520 KM (WLTP)

BERAT

2,185 KG

HARGA

RM199,800
Tidak termasuk insurans



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800

Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800

Sime Darby Beyond Auto baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic. Ini spesifikasinya.

06-09-2024
EV
Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je

Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je

BYD Seal Dynamic dikatakan adalah model EV paling murah.

03-09-2024
EV
BYD Dedah Hatchback Elektrik Terbaru, Seal 06 GT, Di China

BYD Dedah Hatchback Elektrik Terbaru, Seal 06 GT, Di China

BYD baru-baru ini telah memperkenalkan hatchback elektrik (EV) terbaru, Seal 06 GT di China.

28-08-2024
EV
Dalam 27 Minit,  50,000 Unit XIAOMI SU7 Sudah Ditempah
Berita Auto
BYD SEAL Berjaya Tambat Hati Orang M'sia

BYD SEAL Berjaya Tambat Hati Orang M'sia

Dengar cerita, ramai yang dah tempah BYD SEAL.

01-03-2024
Berita Auto
Baru Je Masuk Pasaran, 800 Unit BYD Seal TERJUAL

Baru Je Masuk Pasaran, 800 Unit BYD Seal TERJUAL

Kira-kira 800 unit BYD Seal sudah terjual.

25-02-2024
Kereta Baru
BYD Seal, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM180K

BYD Seal, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM180K

Sime Darby Motors dan BYD melancarkan secara rasminya BYD Seal untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.

22-02-2024
Berita Auto
Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin

Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin

Rakyat Malaysia cukup meminati BYD Atto 3 disebabkan harganya yang berpatutan.

31-01-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.