Mercedes-Benz Malaysia Tawar Pelan Cas EV Bergerak – MB Platinum 5
-full_normal.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan pelan langganan pengecasan, MB Platinum 5, khusus untuk pengguna kenderaan elektrik (EV) EQ. Program ini diwujudkan hasil kerjasama dengan Power Up Tech (P.UP) oleh Nazamax Malaysia, yang menawarkan kemudahan pengecasan mudah alih serta pelbagai manfaat lain.
Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan MBM, Edmin Naidoo, pelan MB Platinum 5 lebih daripada sekadar satu kemudahan, ia menyokong usaha mempertingkatkan pengalaman pemilikan EV yang berkualiti tinggi di Malaysia.
Apa Yang Ditawarkan Dalam Pelan MB Platinum 5?
-full_normal.jpg)
Melalui pelan ini, pemilik kenderaan akan mendapat lima sesi pengecasan mudah alih setiap bulan, di samping servis penjagaan kenderaan seperti cucian, vakum dan pengilatan tayar. Setiap sesi pengecasan adalah sehingga bateri mencapai kapasiti 80%, termasuk bayaran perkhidmatan dan parkir. Pelanggan boleh memilih tempoh langganan selama satu, enam atau dua belas bulan.
Berbeza dengan pelan standard Platinum 4 yang ditawarkan kepada pembeli BYD Atto 2, MB Platinum 5 direka khas pelanggan Mercedes-Benz EQ sahaja.
Baca: Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Solusi Kepada Cabaran Terbesar Pemilik EV
-full_normal.jpg)
Tumpuan perkhidmatan ini adalah untuk menangani cabaran terbesar pemilik EV iaitu akses kepada pengecas. P.UP menggunakan van mudah alih dengan pengecas pantas DC berkapasiti tinggi, 120 kWj, yang boleh mengecas kenderaan di rumah, pejabat dan pelbagai lagi lokasi lain tanpa memerlukan kehadiran pemilik, menjadikannya sangat praktikal.
Bagi yang tidak mahu melanggan, P.UP juga menawarkan pengecasan secara ad-hoc pada harga hanya RM1.70 per kWj dan caj perkhidmatan RM40, termasuk pilihan servis cucian, vakum dan pengilatan tayar.
Dilancarkan di Pulau Pinang pada September 2024 dengan dua van 50 kWj, kini P.UP mula memperluaskan perkhidmatannya ke Lembah Klang dengan tiga buah van. Bermula tahun 2026, servis pengecasan mudah alaih P.UP akan turut diperkenalkan di Johor Bahru sebelum diperluaskan ke serata Semenanjung Malaysia dalam tahun yang sama.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) P.UP, SM Fauzi Dato Hj SM Shalahuddin berkata sambutan daripada pelanggan EQ amat memberangsangkan dan syarikat berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan ke seluruh negara.
Baca: Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma
Baca: Varian SUV Mercedes-Benz EQE 350+ Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM399,888
Baca: Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4824
SELANGOR
BSU7058
JOHOR
JG6045J
PULAU PINANG
PSH271
PERAK
APM5875
PAHANG
CFJ2852
KEDAH
KGJ6462
NEGERI SEMBILAN
NEM4429
KOTA KINABALU
SJU8092
KUCHING
QAB8745P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge