MyJPJ, MyBayar PDRM Hanya Boleh Diakses Dengan MyDigital ID Tidak Lama Lagi
-full_normal.jpg)
Orang ramai digalakkan segera mendaftar MyDigital ID supaya dapat mengakses dua platform penting kerajaan, MyJPJ dan MyBayar PDRM, dengan mudah apabila sistem log masuk tunggal dilaksanakan tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim berkata, kedua-dua platform ini sudah digabungkan dengan MyDigital ID. Sekarang, pengguna boleh log masuk menggunakan kata laluan lama atau MyDigital ID. Tetapi sebaik sistem log masuk tunggal dimulakan, hanya MyDigital ID saja boleh digunakan.
Bagaimanapun, untuk warga asing yang menggunakan MyBayar PDRM, cara log masuk sedia ada masih diteruskan.
-full_normal.jpg)
Menurut Nik Hisham, kaedah log masuk terbaru yang menggunakan MyDigital ID adalah jauh lebih mudah dan selamat, “Kami komited untuk memastikan setiap pengguna mendapat kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan tinggi sekali gus mempercepat transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan.”
MyDigital ID mengesahkan identiti pengguna dengan tepat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna. Langkah ini meningkatkan keselamatan transaksi digital dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih mudah tanpa perlu mengingati banyak kata laluan.
-full_normal.jpg)
Sistem ini hadir dengan ciri baharu pengesahan iaitu biometrik tempatan yang membolehkan pengguna log masuk dengan lebih pantas dan selamat menggunakan cap jari atau pengecaman wajah pada peranti masing-masing. Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi ke versi terkini dan mengaktifkan tetapan biometrik untuk menggunakan ciri ini.
Sehingga kini, MyDigital ID telah merekodkan lebih tiga juta pengguna dan telah diintegrasikan dengan lebih 45 platform perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam talian, menjadikannya antara sistem pengesahan digital utama di Malaysia.
Sumber: Harian Metro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB8347
SELANGOR
BSQ6801
JOHOR
JYY3245
PULAU PINANG
PSC8612
PERAK
APJ1046
PAHANG
CFG7345
KEDAH
KGG4331
NEGERI SEMBILAN
NEK6127
KOTA KINABALU
SJS3294
KUCHING
QAB9630N
Terakhir Kemas Kini 13 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Berita Terkini
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal
Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.
10-06-2026
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026
Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/
10-06-2026
Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas
Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.
10-06-2026
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?
Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ
10-06-2026
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat