ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL)  mengesahkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan siap mengikut jadual, susulan kemajuan mencapai 86.07 peratus setakat Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi MRL, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata MRL yakin jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dapat disiapkan menjelang Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027.

image.png

Bagi jajaran ECRL Fasa 2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula, beliau berkata MRL yakin ia dapat disiapkan menjelang Disember 2027 untuk membolehkan infrastruktur nasional itu beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.

"Insya-Allah, dengan izin-Nya, semua perancangan ini dapat direalisasikan, rakyat dan negara dapat manfaat atas kemudahan perjalanan dan limpahan ekonomi," katanya pada Majlis Penyempurnaan Ekosistem Kewangan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) 360 Darjah RHB-MRL di sini, hari ini

Untuk makluman, projek ECRL membabitkan jarak 665 kilometer adalah satu contoh terbaik yang mendukung agenda ESG.

Ini adalah kerana pembinaan jajaran itu menetapkan pembinaan 41 terowong, laluan bertingkat sepanjang 154 kilometer dan 28 lintasan hidupan liar di lokasi strategik bagi mengurangkan penglibatan kawasan hutan simpan dan tadahan air serta meminimumkan kesan terhadap hidupan liar dan habitat di hutan.

"Tambahan pula, rangkaian 665 kilometer ECRL yang menerapkan landasan elektrik akan mengurangkan sejuta tan karbon dioksida (CO2) setiap tahun apabila ia beroperasi pada Januari 2027," katanya.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

11-02-2026
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis

Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam.

17-10-2025
Berita Auto

Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup

Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.

22-09-2025
Berita Auto

Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian

Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.

20-08-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara

Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.

14-07-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan

Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .

25-06-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.

26-05-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.