Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco) di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.
Projek ECRL telah memperuntukkan sebanyak 11 set tren EMU enam gerabak bagi perkhidmatan penumpang serta 12 buah E-Loco untuk tujuan kargo daripada syarikat CRRC Dalian.
Setakat ini, dua set tren EMU dan dua buah E-Loco telah selamat tiba di Malaysia menjelang akhir tahun 2025 dan dirasmikan pada hari ini.
Setiap set tren EMU mampu beroperasi sehingga kelajuan 160 km/j dengan kapasiti sehingga 425 penumpang bagi konfigurasi kelas ekonomi sepenuhnya.
Reka bentuk luaran dan dalaman tren ini diilhamkan daripada seni serta kebudayaan Malaysia dan dilengkapi kemudahan seperti tandas, rak bagasi, kaunter makanan dan minuman, bilik solat berserta tempat wuduk serta kemudahan OKU bagi memastikan keselesaan semua penumpang.
Sementara itu, E-Loco ECRL berkeupayaan beroperasi pada kelajuan sehingga 80 km/j dengan keupayaan menarik sehingga 45 gerabak serta kapasiti muatan maksimum sebanyak 3,500 tan bagi setiap perjalanan.
Pembinaan Projek ECRL sepanjang 665 kilometer kini telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 91.70 peratus setakat Januari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak menjelang akhir 2026 dan pengoperasian komersial bermula Januari 2027.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu
Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
13-11-2025
Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis
Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam.
17-10-2025
Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup
Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.
22-09-2025
Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian
Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.
20-08-2025
SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026
Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.
07-08-2025
Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara
Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.
14-07-2025
Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan
Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .
25-06-2025
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
