SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Kami di Carz.com.my dimaklumkan bahawa pihak Chery Auto Malaysia iaitu syarikat induk kepada Chery Malaysia dan Omoda | Jaecoo Malaysia bakal menambahkan satu lagi jenama atau sub-jenama baharu yang dikenali sebagai Lepas!
Kenyataan itu dilihat berasas memandangkan pihak syarikat sudah pun memulakan pengambilan pekerja secara besar-besaran menerusi online baru-baru ini.
Untuk itu, kami pada mulanya menjangkakan bahawa syarikat ini mahu memperkenalkan jenama Exeed melalui unit perniagaan anak syarikat baharu.
Namun, daripada maklumat terbaharu yang kami peroleh, ia rupa-rupanya mahu membawa masuk jenama Lepas.

Malah, laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.
Berdasarkan halaman tersebut serta profil pengguna yang mengikutinya, kami mengesahkan jenama Lepas sudah pun diwujudkan namun masih belum ada butiran terperinci mengenai perkara tersebut.
Buat masa ini, pihak Chery Auto Malaysia juga dilihat mengambil sikap berdiam diri. Namun begitu, kami yakin bahawa Lepas Malaysia TIDAK akan dikendalikan secara berasingan oleh pihak luar seperti mana Jetour Auto Malaysia. Namun, berikut adalah spekulasi yang boleh kami buat berdasarkan pemerhatian semasa.
Untuk makluman, syarikat gergasi automotif berpusat di Wuhu, Chery, telah melancarkan sub-jenama baharu mereka, Lepas, secara global pada bulan Mei lalu, sebelum berlangsungnya Auto Shanghai 2025.

Jadi, pihak syarikat sudah bersedia untuk memperkenalkan tiga model SUVnya iaitu – L8 (SUV tiga baris kategori D), L6 (SUV kategori C) dan L4 (SUV kategori A/B).
Bukan itu sahaja, jenama Lepas telah membuat kemunculan pertamanya di peringkat antarabangsa dan serantau ASEAN semasa Pameran Motor Antarabangsa Gaikindo Indonesia 2025 (GIIAS 2025) yang berlangsung minggu lalu di Jakarta.
Ketika acara itu, ketiga-tiga model SUV Lepas telah dipamerkan, dan ini memberi bayangan bahawa mereka menarik pelbagai lapisan pembeli dari pasaran besar Indonesia.
Tidak terkecuali, laman Instagram rasmi @lepasmalaysia turut mendedahkan ketiga-tiga model SUV tersebut. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana Lepas akan memikat pembeli, terutama dengan fakta seterusnya.
Di peringkat global, Lepas meletakkan dirinya sebagai jenama yang ‘muda’ dan ‘lebih premium’ berbanding jenama utama Chery, tetapi tidak se’mewah’ Jaecoo, Omoda ataupun sub-jenama elektrik sepenuhnya iCaur – yang kesemuanya turut hadir secara rasmi di bawah naungan Chery Auto Malaysia. Maka, terserahlah kepada anda untuk menilai di mana dan bagaimana kedudukan Lepas dalam kumpulan ini.
Sudah tentu, kami di Carz.com.my akan terus mengikuti rapat perkembangan Lepas Malaysia dan akan membawakan lebih banyak maklumat kepada anda sebaik sahaja kami memperoleh butiran terperinci.
Sementara itu, apa pendapat anda semua? Adakah anda bersedia menerima satu lagi jenama baharu dan pelbagai pilihan tambahan yang akan dibawanya ke pasaran? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen…
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat